kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Wednesday, May 7, 2014

aku rindukannya

Jika rindukan Masjidil Haram dan Masjid NAbawi, ia hanya ada di Makkah dan Madinah... kumpullah wang _Prof Kamil Ibrahim-
Semoga tahun depan aku dapat berkunjung ke sana. anak2 dah besar dan boleh ditinggalkan di Malaysia dengan senang hati. insyaallah..semoga aku dapat menjadi tamunya setiap tahun. moga aku belajar berjimat cermat untuk mencari ketenangan di sana. semoga dalam kesibukan dunia, aku mampu membaca al-quran setiap hari, mengajar anak mengaji setiap hari, mendidik hafiz dan hafizah sebagai bekalan akhirat.

dunia ini hanya persinggahan..segala kurniaan Allah ada hikmah untuk kita berfikir. selalu mengambil perkara positif disebalik musibah yang melanda. BERSYUKUR SAAT DIUJI. saat kita sibuk bersedih kerana perkara kecil, ingatlah saudara seIslam kita ynag susah di palestin, Syria, mesir, Myanmar, selatan Thailand. bersyukur kerana masih dipanjangkan umur bangun diwaktu subuh dengan tenang, sarapan yang enak, kereta yang selesa, purse yang masih berisi, anak3 yang bersiap ke sekolah masing-masing, nursery anak yang elok, sekolah anak yang mendidik anak kita..ahh terlalu banyak rezeki yang patut disyukuri dan betapa kesusahan yang sedikit itu perlu kita lupakan. seperti suami yang tidak membantu isteri di rumah. anggaplah bakti kita mengurus rumah tangga sebagai bekalan kita di akhirat. buatlah dengan ikhlas dan seronok.memang kita yang bekerja sangat penat. sudahlah kerja di pejabat sudah memberatkan kepala ini. pulang ke rumah, ya...kerja rumah xpernah habis...otak isteri bergerak lebih laju daripada perbuatannya. di saat sedang bawa kereta pulang, berfikir menu makan malam, di saat memasak, kain perlu dibasuh dan dilipat, anak2 perlu dimandikan... makan malam anak sungguh berbeza selera setiap orang..usai makan malam, kerja rumah anak perlu diselia, mengajar anak mengaji mengikut giliran disebabkan dua2 tak nak mengaji dengan bapa... apabila kanak-kanak memilih dan memberi sebab kenapa nk mengaji dengan emak, emak faham...dulu masa kecik aku juga takut kalau dimarah pada perkara ynag aku belum  tahu. ini kan pula anak2 yang baru nak mengenal al quran tp dimarahi kerana lupa bunyinya, lupa hurufnya, baris atasnya, baris bawahnya...bolehkah kita menjadi orang dewasa yang berfikir dan meletakkan diri kita sebagai anak2 kita yang ada keinginan belajar al-quran, tp kadang2 terlupa, tersalah...jgn dijerkah mereka...didiklah mereka dengan kasih saying...hari-hari aku cakap pada saiful, abg kena rajin mengaji..nanti bulan ramadhan dah boleh baca quran dengan mak...amin..usia mengaji anak2 ada homework seawall umur 4tahun.alhamdulilah semua sudah boleh berdikari..semua nak mak tolog, mak akan tolong semampunya... pandanglah amanah Allah ini dengan kasih sayang.. mereka akan sayang pada kita sebanyak mana kita sayang pada mereka..biar blueprint isteri dan suami berbeza, tanggugjawab mendidik anak menjadi hafiz hafizah jangan putus asa..aku berdoa semoga anak3 aku menjadi generasi alquran..beramal dengan alquran..di hati mereka ada ALquran..buat anak3ku ahmad saifullah, aliah sumayyah, farzana radhiyyah...emak sayang kamu kerana Allah...