kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan
Sunday, July 13, 2014
resepi puding karamel tanpa telur
bahan-bahannya
- 10g serbuk agar2
- 1 tin susu cair
- 1/2 cup susu pekat manis
-1/2 cup gula pasir
- 4cup air
-3 sudu besar tepung kastard (ambik sikit air dari 4 cup tu untuk bancuh tepung kastard supaya xberketul)
- 1 suku kecil esen vanilla
(bahan2 diatas aku campur dalam 1 periuk dan kacau atas api. bila kuah dah Nampak likat dan gula dah larut, tuang dalam Loyang diatas tadi. aku tapis sebab ada agar2 yang berketul.ntah apa silapku)
sejukkan sebentar dalam 15 minit di suhu bilik. then masukkan dalam peti sejuk.masa moreh boleh makan. gambar takde
**aku rasa pudding caramel ada telur lagi sedap
resepi nasi ulam
Bahan2
-nasi putih secukupnya (sejukkan dulu di suhu bilik sebelum digaul dengan ulam-ulam supaya ulam2 xlayu)
- ulam-ulam antaranya daun selom, ulam raja, sikit daun limau purut, sikit daun kunyit, dan apa2 ulam yang ada)
Bahan untuk sambal ulam:
- bawang besar 1 biji
- cili merah 3 biji (aku tambah cili cacak warna hijau tu 4-5 biji bagi pedas sikit)
- serai dihiris halus
-air asam jawa (pekat, sikit je) kalau tak nak, boleh perah limau nipis secukup rasa
-kerisik
-ikan masin seketul ditumbuk halus (aku malas, masuk je blender asal hancur)
(semua dikisar sekali kecuali kerisik la)
- seetelah dikisar, gaul kerisik dan sambal ulam sehingga sebati.
-bila nasi dah sejuk, boleh gaul ulam dan sambal sampai rata. kemudian baru gaul ngan nasi putih. SIAP
nasi ulam enak dihidang dengan kari ikan.
aku yang gigih belajar memasak dari emak sebab asyik kena perli dengan husband...suami bersembang dengan anak (saiful): mak ni klu masak mesti sup sayur dan ikan goring cicah air asam..klu tak, ayam goreng..makan dalam...hello ni anak mak pandai masak tau..cuma xsempat nak belajar.anak kecik2...bila anak dah besar ni, boleh la aku rajin turun ke dapur
RENDANG AYAM MAK
orang lain bawa makanan punya la hebat2...aku bawa apa? bawa rendang mak buat dengan nasi impit dan keropok ikan sebab ada yang masak nasi kerabu. rupa-rupanya rending ini ada peminatnye. maka aku pun telah diarah memberi resepi kepada yang berminat..
Bahan2:
Bahan A: ekor ayam/ 1 kg daging lembu
Bahan B:
- *cili kering 15 biji (nak pedas boleh tambah lagi)
- serai - *8 batang dihiris halus, 2 batang dititik sahaja
- *6 ulas bawang putih
- *10 ulas bawang merah
- *1 inch halia
(semua bahan B* dikisar bersama)
Bahan C:
- 2 sudu besar jintan putih
- 4 sudu besar jinta manis
- 6 sudu besar ketumbar (rempah biji)
(semua bahan C dikisar kering hingga halus)
Bahan D
garam, gula, asam keeping secukup rasa
santan kelapa (selalu beli kt pasar rm 2)
kerisik (beli kt pasar jugak rm 2)
Bahan E
bahan untuk menumis
-kulit kayu manis 1 inch
- bunga lawing 1
- buah pelage (buang biji dalam) 1
- minyak masak
Bahan F
Daun kunyit/ daun limau purut hiris halus
cara memasak
1) tumis bahan E sehingga naik bau. kemudian masukkan bahan B dan C. kacau hingg sebati dan biarkan separuh masak (sehingga bau Wangi)
2) masukkan ayam/ daging dan kacau sebentar
3) masukkan santan, kerisik, gula, garam, asam keeping dan serai yang dititik tadi
4) masak hingga kuah pekat dan daging lembut
5) rasa kuah rending ikut citarasa sendiri
6)akhir sekali masukkan daun kunyit dan kalau suka boleh masukkan daun limau purut.
siap sedia untuk dimakan.
boleh makan dengan nasi impit segera adabi.
Saturday, June 14, 2014
duhai hati
kadang-kadang tersepit dengan perasaan sendiri, dilemma, marah, hati remuk redam, jiwa memberontak...
aku hanya akan senyap. silent. jangan bercakap dengan manusia itu bila kemarahan membuak-buak. istighfar. doa. hati ini milik Allah. moga Allah tenangkan hati ini seperti tenangnya tika melihat keindahan ciptaan Allah, tatkala melihat si kecil anugerah Allah tidur keletihan. ku kenang kembali rahmatNya dan nikmatNya. tidak cukup syukurku.maka usah ditambah rungutku pada perkara dan masalah hati. walau sakit mana pun hatimu, pedih mana pun hatimu, pasti ada ruang kemaafan untuk dia. hati ini milik Allah. semoga Allah jaga hati ini untuk dia. semoga satu hari nanti dia sedar atau mungkin dia takkan sedar pun sampai bila-bila. teruskan berdoa. mengadu kepada Nya.Dia pasti Maha mendengar.Maha mengasihani. semoga ada sinar di hatiku. buangkan kegusaran dan kerisauan dari hati ini. redha wahai hati. jangan dibandingkan dengan ujian yang sangat kecil peratusnya jika dibandingkan dengan nikmat yang diberikannya.
maafkan semua orang sebelum tidur. juga mohon maaf kepada semua orang sebelum tidur. niatkan semoga aku menjadi hambanNya yang mengingatiNya di sepertiga malam. itulah ubat jiwa.
Wednesday, May 7, 2014
aku rindukannya
Semoga tahun depan aku dapat berkunjung ke sana. anak2 dah besar dan boleh ditinggalkan di Malaysia dengan senang hati. insyaallah..semoga aku dapat menjadi tamunya setiap tahun. moga aku belajar berjimat cermat untuk mencari ketenangan di sana. semoga dalam kesibukan dunia, aku mampu membaca al-quran setiap hari, mengajar anak mengaji setiap hari, mendidik hafiz dan hafizah sebagai bekalan akhirat.
dunia ini hanya persinggahan..segala kurniaan Allah ada hikmah untuk kita berfikir. selalu mengambil perkara positif disebalik musibah yang melanda. BERSYUKUR SAAT DIUJI. saat kita sibuk bersedih kerana perkara kecil, ingatlah saudara seIslam kita ynag susah di palestin, Syria, mesir, Myanmar, selatan Thailand. bersyukur kerana masih dipanjangkan umur bangun diwaktu subuh dengan tenang, sarapan yang enak, kereta yang selesa, purse yang masih berisi, anak3 yang bersiap ke sekolah masing-masing, nursery anak yang elok, sekolah anak yang mendidik anak kita..ahh terlalu banyak rezeki yang patut disyukuri dan betapa kesusahan yang sedikit itu perlu kita lupakan. seperti suami yang tidak membantu isteri di rumah. anggaplah bakti kita mengurus rumah tangga sebagai bekalan kita di akhirat. buatlah dengan ikhlas dan seronok.memang kita yang bekerja sangat penat. sudahlah kerja di pejabat sudah memberatkan kepala ini. pulang ke rumah, ya...kerja rumah xpernah habis...otak isteri bergerak lebih laju daripada perbuatannya. di saat sedang bawa kereta pulang, berfikir menu makan malam, di saat memasak, kain perlu dibasuh dan dilipat, anak2 perlu dimandikan... makan malam anak sungguh berbeza selera setiap orang..usai makan malam, kerja rumah anak perlu diselia, mengajar anak mengaji mengikut giliran disebabkan dua2 tak nak mengaji dengan bapa... apabila kanak-kanak memilih dan memberi sebab kenapa nk mengaji dengan emak, emak faham...dulu masa kecik aku juga takut kalau dimarah pada perkara ynag aku belum tahu. ini kan pula anak2 yang baru nak mengenal al quran tp dimarahi kerana lupa bunyinya, lupa hurufnya, baris atasnya, baris bawahnya...bolehkah kita menjadi orang dewasa yang berfikir dan meletakkan diri kita sebagai anak2 kita yang ada keinginan belajar al-quran, tp kadang2 terlupa, tersalah...jgn dijerkah mereka...didiklah mereka dengan kasih saying...hari-hari aku cakap pada saiful, abg kena rajin mengaji..nanti bulan ramadhan dah boleh baca quran dengan mak...amin..usia mengaji anak2 ada homework seawall umur 4tahun.alhamdulilah semua sudah boleh berdikari..semua nak mak tolog, mak akan tolong semampunya... pandanglah amanah Allah ini dengan kasih sayang.. mereka akan sayang pada kita sebanyak mana kita sayang pada mereka..biar blueprint isteri dan suami berbeza, tanggugjawab mendidik anak menjadi hafiz hafizah jangan putus asa..aku berdoa semoga anak3 aku menjadi generasi alquran..beramal dengan alquran..di hati mereka ada ALquran..buat anak3ku ahmad saifullah, aliah sumayyah, farzana radhiyyah...emak sayang kamu kerana Allah...
Tuesday, March 25, 2014
breastfeeding journey 260314
nafeesa shawl
nafeesa shawl. labuh dan tidak jarang.menggunakan material chiffon.limited stock and fast sale.grab yours..sms/ whatsapp 0195515908 or emel dina_011@yahoo.com. please like my fb page sumayyah boutique. happy shopping:)
Wednesday, March 19, 2014
Combi well comfort stroller
Sempena farzana radhiyyah dah 19 bulan dan mummy farzana akan berehat dari me gandung untuk tempoh minimum 3 tahun, saya nak jual preloved combi well comfort 2012 warna orange. Stroller yg sgt ringan ( 4.6kg), handle reversible (maksudnya boleh rear facing n forward facing)..one touch folding and opening (sgt senang)...sesuai dr umur 1 month to 36 months...nana guna xlama stroller ni, dalam 8 bulan pertama je...lepas tu dah guna quinny zapp kakak sumayyah..
saya nak letgo dengan harga yg munasabah dan berpatutan..good condition 9/10. Sekiranya berminat boleh sms 0195515908 atau emel dina_011@yahoo.com.
Saya beli dari littlewhiz.com rm959.50 tahun 2012. Harga negotiable. Gambar sebenar akan diberikan sekiranya berminat..(sebenarnya dah ambik gambar, xjumpa plk dlm hp ni)
Ikhlas,
Ila osman