GSungguh kasih sayang ini hanya untuk suami dan anak-anak. Walau apapun yang terjadi, kasihku padamu suami tersayang tidak pernah pudar, malah semakin bertambah.
Saat ku dengar ku terima nikahnya Nur Fadzilah Binti Osman, aku bergelar suri hatimu. Alhamdulillah inilah jawapan istikharah ku selama berapa tahun sejak kita berkawan. Semoga Allah berikan petunjuk ini untukku membuat pilihan. Sebenarnya aku bukan banyak pilihan pun. Tak biasa berkawan dengan lelaki. Ya selepas asar pada 1 Muharram 1428H kita selamat diijabkabul.
Hasil perkahwinan ini Allah kurniakan 3 cahayamata yang sihat dan cerdik. Ini amanah kita untuk mendidik mereka supaya menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah. Tetapkan vision untuk anak-anak. Sungguh kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah di muka bumi. Saling menasihati dan saling mengingatkan kalau antara kita tersasar dari landasNya. Kita manusia biasa yang acapkali melihat dunia dengan nafsu. Kita merasa hidup kita tak sempurna. Bagai ada yang tidak lengkap. Kita terus mencari dan kita terjumpa inilah pelengkap kita. Kemudian kita masih rasa tidak cukup, lantas kita mencari lagi dan terus mencari. Kuncinya kita kurang bersyukur ...
Tapi kita lupa yang kita telah ada. Kita lihat segala kebaikan dalam hidup orang lain tapi kita lupa memandang dengan mata hati kita ada suami yang punya segala. Kita ada isteri penyejuk mata di rumah. Hubungan yang halal. Ya Allah pelihara pandangan kami suami isteri dari yang haram yang dengannya akan ada syaitan mengindahkan yang haram dan memburukkan yang halal. Berikan kami kesabaran dalam menangani sebarang konflik rumahtangga yang dengannya aku tidak menyakiti hati suamiky dan suamiku juga begitu. Sedangkan lidah lagi tergigigit, inikan pula suami isteri yang Allah jadikan berbezanya sifat lelaki dan wanita. Dan dengan perbezaan ini, Allah hadirkan rasa mawaddah, mahabbah wa rahmah dalam hati suami isteri supaya saling berkasih-kasihan dalam menjadikan rumah tangga ini baiti jannnati.. Semua kena dengan usaha dan ikhtiar. Rumahtangga yang tidak dipelihara ibarat menanam pokok bunga tanpa baja dan siraman air.. Suatu hari pasti mti.. Begitulah rumahtangga... Dengan cinta dalam perkahwinan, ia tidak akan kekal kerana cinta mungkin akan berkurang dengan meningkatnya usia perkahwinan. Tapi kita ibarat petani moden yang membajai dan memelihara bunga di taman hati pasangan kita supaya cinta kita semakin mekar dan berbunga-bunga
Bersyukurkah kita
ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
-—----------------------------------------
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
Al mulk ayat 23
--------------------------------------------
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).al baqarah ayat 152
--------------------------------------------
Dalam kesibukan kita mendidik anak, mengurus rumahtangga, berkerjaya, masam manis di dalam bahtera rumahtangga kita lupa bersyukur kepada Allah. Kita hilang fokus kepada nikmat Allah dan kita fokus kepada masalah yang dengannya membuatkan kita tidak bersyukur. Ingatkah kita mengucapkan Alhamdulillah atas kurniaanNya
🌸Allah kurniakan anak yg bijak pandai, sihat. Sedangkan ada hamba Allah diuji dengan masalah kesihatan anak-anak
🌸Allah kurniakan suami yg bertanggungjawab dan sentiasa mahu berikan yg terbaik utk keluarga. Suami yg sanggup bersengkang mata setiap hari demi masa depan keluarga. Terima kasih abang Dr Ahmad Fairuz.😍
Betapa ada suami yang tidak bertanggungjawab dan hanya si isteri mencari nafkah untuk keluarga
🌸Allah kurniakan suami yg baik, sukar sekali dengar dia meninggikan suara. Sedangkan ada isteri diuji dengan suami kaki pukul dan suka marah-marah dan menengking
🌸Allah kurniakan suami yg banyak senyum... Menenangkan hati😄
Alangkah tenang melihat suami senyum gembira di sisi kita
🌸Allah bagi suami yg sanggup layan karenah isteri yg bermacam-macam. Maafkan saya kerana banyak ragam
🌸Allah bg suami yg sentiasa di sisi mengharungi susah senang hidup berumahtangga
🌸Allah pelihara perkahwinan ini supaya menjadi isteri solehah dan penyejuk mata si suami. Dan juga memberi ruang pda suami untuk menghargai isteri atas segala pengorbanannya melahirkan anak dan mengurskan rumahtangga untuk suami. Semoga rumahtangga menjadi medan suami isteri berlumba membuat kebaikan. Semoga Allah ketemukan kita semula di Firdausi
🌸Allah bagi merasa nikmat perkahwinan yang dengannya kau merasa tenang bersamanya
🌸Allah bagi nikmat bersama suami yg dengannya allah pelihara nafsu kita dari perkara haram dan menundukkan pandangan kita kepada yang bukan mahram
🌸Allah bagi suami yang dengannya kita sentiasa memelihara diri di luar rumah dan menjaga kehormatan diri
🌸allah uji rumahtangga kita supaya kita kembali dekat kepadaNya dan meletakkan cinta kita hanya kepada yg mencintaiNya. Bangunlah malam bermunajat kepada Allah kekasih sejati kita. Dengan memelihara hubungan dengan Allah, rumahtangga kita akan bahagia.
🌸Allah masih bagi ruang untuk bertaubat dan Allah tidak ambil nyawaku masa aku tgh lalai dan jadi isteri derhaka. Sentiasamemohon maaf kepada suami sebelum tidur dan sebelum pergi kerja. Sekiranya kita tidak bertemu lagi redhailah saya sebagai isteri abang di dunia dan akhirat
🌸semoga hidup ini kita belajar ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan. Benar jika memberi tanpa mengharap balasan, kita senang hati berkhidmat untuk suami dan anak3
🌸moga Allah sentiasa pimpin kita menjadi isteri terbaik utk abg dan ibu terbaik utk anak3...
🌸moga sifat sabar itu terdidik dlm hati syg
🌸saya sayang suami kerana Allah. Semoga Allah temukan kita bersama di syurga firdaus. Sungguh hidup ini hanya sebentar..
🌸Ya allah terima kasih atas jodoh yg telah ditetapkan untukku.. Beri aku kesabaran, kelembutan hati dan kebaikan dalam melayari bahtera rumahtangga...saya sayangkan abang kerana Allah.
Kempen menjadi isteri solehah
Banyak memberi
Kurangkan merungut
Banyakkan bersyukur
Kurangkan mengeluh
Sungguh aku sayang kamu kerana Allah. Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah dalam kita melayari bahtera ini.