kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Wednesday, May 27, 2015

Aku terima nikahnya

GSungguh kasih sayang ini hanya untuk suami dan anak-anak. Walau apapun yang terjadi, kasihku padamu suami tersayang tidak pernah pudar, malah semakin bertambah.

Saat ku dengar ku terima nikahnya Nur Fadzilah Binti Osman, aku bergelar suri hatimu. Alhamdulillah inilah jawapan istikharah ku selama berapa tahun sejak kita berkawan. Semoga Allah berikan petunjuk ini untukku membuat pilihan. Sebenarnya aku bukan banyak pilihan pun. Tak biasa berkawan dengan lelaki. Ya selepas asar pada 1 Muharram 1428H kita selamat diijabkabul.

Hasil perkahwinan ini Allah kurniakan 3 cahayamata yang sihat dan cerdik. Ini amanah kita untuk mendidik mereka supaya menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah. Tetapkan vision untuk anak-anak. Sungguh kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah di muka bumi. Saling menasihati dan saling mengingatkan kalau antara kita tersasar dari landasNya. Kita manusia biasa yang acapkali melihat dunia dengan nafsu. Kita merasa hidup kita tak sempurna. Bagai ada yang tidak lengkap. Kita terus mencari dan kita terjumpa inilah pelengkap kita. Kemudian kita masih rasa tidak cukup, lantas kita mencari lagi dan terus mencari. Kuncinya kita kurang bersyukur ...

Tapi kita lupa yang kita telah ada. Kita lihat segala kebaikan dalam hidup orang lain tapi kita lupa memandang dengan mata hati kita ada suami yang punya segala. Kita ada isteri penyejuk mata di rumah. Hubungan yang halal. Ya Allah pelihara pandangan kami suami isteri dari yang haram yang dengannya akan ada syaitan mengindahkan yang haram dan memburukkan yang halal. Berikan kami kesabaran dalam menangani sebarang konflik rumahtangga yang dengannya aku tidak menyakiti hati suamiky dan suamiku juga begitu. Sedangkan lidah lagi tergigigit, inikan pula suami isteri yang Allah jadikan berbezanya sifat lelaki dan wanita. Dan dengan perbezaan ini, Allah hadirkan rasa mawaddah, mahabbah wa rahmah dalam hati suami isteri supaya saling berkasih-kasihan dalam menjadikan rumah tangga ini baiti jannnati.. Semua kena dengan usaha dan ikhtiar. Rumahtangga yang tidak dipelihara ibarat menanam pokok bunga tanpa baja dan siraman air.. Suatu hari pasti mti.. Begitulah rumahtangga... Dengan cinta dalam perkahwinan, ia tidak akan kekal kerana cinta mungkin akan berkurang dengan meningkatnya usia perkahwinan. Tapi kita ibarat petani moden yang membajai dan memelihara bunga di taman hati pasangan kita supaya cinta kita semakin mekar dan berbunga-bunga

Bersyukurkah kita

ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
-—----------------------------------------
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
 Al mulk ayat 23
--------------------------------------------
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).al baqarah ayat 152
--------------------------------------------
Dalam kesibukan kita mendidik anak, mengurus rumahtangga, berkerjaya, masam manis di dalam bahtera rumahtangga kita lupa bersyukur kepada Allah. Kita hilang fokus kepada nikmat Allah dan kita fokus kepada masalah yang dengannya membuatkan kita tidak bersyukur. Ingatkah kita mengucapkan Alhamdulillah atas kurniaanNya

🌸Allah kurniakan anak yg bijak pandai, sihat. Sedangkan ada hamba Allah diuji dengan masalah kesihatan anak-anak
🌸Allah kurniakan suami yg bertanggungjawab dan sentiasa mahu berikan yg terbaik utk keluarga. Suami yg sanggup bersengkang mata setiap hari demi masa depan keluarga. Terima kasih abang Dr Ahmad Fairuz.😍
Betapa ada suami yang tidak bertanggungjawab dan hanya si isteri mencari nafkah untuk keluarga
🌸Allah kurniakan suami yg baik, sukar sekali dengar dia meninggikan suara. Sedangkan ada isteri diuji dengan suami kaki pukul dan suka marah-marah dan menengking
🌸Allah kurniakan suami yg banyak senyum... Menenangkan hati😄
Alangkah tenang melihat suami senyum gembira di sisi kita
🌸Allah bagi suami yg sanggup layan karenah isteri yg bermacam-macam. Maafkan saya kerana banyak ragam
🌸Allah bg suami yg sentiasa di sisi mengharungi susah senang hidup berumahtangga
🌸Allah pelihara perkahwinan ini supaya menjadi isteri solehah dan penyejuk mata si suami. Dan juga memberi ruang pda suami untuk menghargai isteri atas segala pengorbanannya melahirkan anak dan mengurskan rumahtangga untuk suami. Semoga rumahtangga menjadi medan suami isteri berlumba membuat kebaikan. Semoga Allah ketemukan kita semula di Firdausi
🌸Allah bagi merasa nikmat perkahwinan yang dengannya kau merasa tenang bersamanya
🌸Allah bagi nikmat bersama suami yg dengannya allah pelihara nafsu kita dari perkara haram dan menundukkan pandangan kita kepada yang bukan mahram
🌸Allah bagi suami yang dengannya kita sentiasa memelihara diri di luar rumah dan menjaga kehormatan diri
🌸allah uji rumahtangga kita supaya kita kembali dekat kepadaNya dan meletakkan cinta kita hanya kepada yg mencintaiNya. Bangunlah malam bermunajat kepada Allah kekasih sejati kita. Dengan memelihara hubungan dengan Allah, rumahtangga kita akan bahagia.
🌸Allah masih bagi ruang untuk bertaubat dan Allah tidak ambil nyawaku masa aku tgh lalai dan jadi isteri derhaka. Sentiasamemohon maaf kepada suami sebelum tidur dan sebelum pergi kerja. Sekiranya kita tidak bertemu lagi redhailah saya sebagai isteri abang di dunia dan akhirat
🌸semoga hidup ini kita belajar ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan. Benar jika memberi tanpa mengharap balasan, kita senang hati berkhidmat untuk suami dan anak3
🌸moga Allah sentiasa pimpin kita menjadi isteri terbaik utk abg dan ibu terbaik utk anak3...
🌸moga sifat sabar itu terdidik dlm hati syg
🌸saya sayang suami kerana Allah. Semoga Allah temukan kita bersama di syurga firdaus. Sungguh hidup ini hanya sebentar.. 
🌸Ya allah terima kasih atas jodoh yg telah ditetapkan untukku.. Beri aku kesabaran, kelembutan hati dan kebaikan dalam melayari bahtera rumahtangga...saya sayangkan abang kerana Allah.

Kempen menjadi isteri solehah
Banyak memberi
Kurangkan merungut
Banyakkan bersyukur
Kurangkan mengeluh

Sungguh aku sayang kamu kerana Allah. Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah dalam kita melayari bahtera ini. 




Thursday, May 21, 2015

Be grateful

Be grateful that you don’t already have everything you desire, If you did, what would there be to look forward to?

Be grateful when you don’t know something For it gives you the opportunity to learn.

Be grateful for the difficult times. During those times you grow.

Be grateful for your limitations
Because they give you opportunities for improvement.

Be grateful for each new challenge Because it will build your strength and character.

Be grateful for your mistakes They will teach you valuable lessons.

Be grateful when you’re tired and weary Because it means you’ve made a difference.

It is easy to be grateful for the good things. A life of rich fulfilment comes to those who are also thankful for the setbacks.

- Unknown 

Monday, May 18, 2015

SEBARKAN KEBAIKAN MADU QUAD part 1

Alhamdulillah dipertemukan dengan Madu Quad dan produk Quadmeds yang lain seperti madu smart, madu habbat, madu mint, madu imun dan lain-lain lagi. Memang sudah lama saya dan suami mencari madu yang rasanya sedap seperti ini. sudah tentu khasiat madu asli ini tidak terkira banyaknya. Inilah madu asli yang berasal daripada Hutan Bima di Indonesia. (saya duk bisik kat suami, kalau abang nak pergi indonesia tengok tempat asal usul madu ini, jangan lupa bawa saya sekali! :). Harga yang ditetapkan sangat berpatutan. Yang paling penting anak saya sangat sukakan rasa madu quad. Aliah sumayyah suka madu habbat. ahmad saifullah suka madu smart. farzana radhiyyah suka madu quad.

Sejak memberikan madu secara konsisten kepada anak-anak, alhamdulillah anak-anak dah lama tak demam atau mendapat URTI (upper respiratory tract infection). Farzana Radhiyyah aka NANA sebelum ini sangat senang demam. Nana merupakan Thalasaemia carrier inherited from daddy and her Hb always range from 8-9 gm/dl (betul ke unit ni). dengan Hb yang rendah ini, nana senang kena infection lagi-lagi sebab saya hantar nana ke nursery. Sebelum ini, dalam masa 2 bulan saya terpaksa bagi nana 3 kali antibiotik. (augmentin favourite saya). Kadang-kadang saya saja nak tengok samada nana boleh lawan tak jangkitan kuman (common cold/ URTI) tanpa natibiotic, tapi memang tidak berjaya. Lagi satu selalu dapat hyperactive airway disease. she got prolonged cough worse at night sometimes ada wheezing. terpaksa bagi montelukast dan baru improved.

Dah macam-macam alternative medicine saya cuba tapi xsesuai agaknya dengan nana. Finally, saya jumpa madu quad dan terus jatuh hati... saya pun suka rasanya. Anak-anak selalu request nak air madu ais...haha.. memang sedap hokay..sila cuba tau. Kalau sesiapa nak cuba, boleh hubungi saya, dr fadzilah 0195515908 atau email maduquadlakukeras@gmail.com atau like Fb page madu quad laku keras atau Ig madu quad. 

p/s :alhamdulillah saya lega sangat sekarang. dah lama saya tak EL sbb anak demam. semoga kebaikan ini dapat disebarkan kepada orang lain.

Semalam mendengar ikim.fm dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Ustaz cakap hayatilah surah ali imran ayat 55 dan tampal di rumah untuk dihayati oleh suami dan anak-anak:

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan."