kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Wednesday, January 13, 2016

Tips mengurus baju dobi

Tips menguruskan baju dobi

Assalamualaikum dunia, 

Cabaran kepada ibu bekerja dan beranak kecil adalah pengurusan baju dobi. Antaranya:

1) dah basuh baju, tapi tak sempat sidai. Akhirnya baju berbau dalam mesin basuh. Basuh lagi sekali. Berlaku pembaziran.

2) sidai luar rumah puas hati tapi bila hujan habis lah.

3) baju dah kering, masalah melipat dan menyangkut baju pula.

4) bila baju xberkemas, mak pening dan anak3 pun susah nak cari baju sendiri sebab wardrobe dah kosong. Mak xsempat lipat.

Antara penyelesaian yang saya buat:

1) saya ada mesin pengering baju yang sgt membantu. Semua baju saya tak sidai. Masuk pengering sahaja.

2) bagi baju yang saya xmasuk pengering seperti baju batik dan baju sutera, saya sediakan penyidai baju dalam bilik dobi. Hangerkan saja.

3) saya sediakan bakul untuk semua orang. Kami ada 5 bakul iaitu bakul mommy, daddy, saifullah, sumayyah, farzana. Ada 1 bakul extra untuk miscellaneous seperti towel, cadar, dll. Bila anak start sekolah darjah 1, saya ada bakul baju sekolah. Semua bakul di susun dan dilabel ikut fungsi..(mcm ocd plk). 5S

4) atas mesin pengering saya letak organizar box untuk stokin memandangkan stokin adalah makhluk yang selalu hilang. 

5) dulu saya hantar dobi utk iron baju batik saya. Outsource. Tp setelah kejadian baju batik saya koyak di kedai dobi tut tut di putrajaya, saya xhantar kedai dobi lagi. Saya beli iron steam yang bagus. Mahal sedikit tapi saya rasa berbaloi sebab kerja iron baju jadi sgt mudah dan cepat.percayalah suami pun akan iron baju sendiri sebab senang. Husband pun dah xhantar baju kedai dobi dah. 

6) kena sedekah baju yang kita dah jarang pakai atau baju yang dah mengecil.( bukan saya membesar)

7) kerja melipat baju juga lebih senang sebab baju dah sort ikut tuan empunya baju. Lipat kain jadi pantas. Duk depan tv sambil layan latest movie online. Siapa kata kita xsempat rehat2 depan tv, ok la tu sambil lipat kain.

8) minta tolong husband uruskan baju sendiri kalau kita xsempat nak urus semua. Yang senang, baju husband saya sikit je. Seluar dan baju kerja cukup untuk seminggu lebih sahaja. Kiralah.. Sikit je.. 

9) baju sekolah anak saya hanya sediakan 3 helai seorang. Jadi seminggu saya akan iron baju 2 kali. Tp basuh baju sekolah hari2.

10) akhir sekali selalu doa supaya dipermudahkan urusan mengurus rumah tangga. We can do it. Do it yourselves 

Semoga Allah mengurniakan ganjaran atas segala effort kita menguruskan keluarga kita. Jadikan ia perkara yang menyeronokkan.

Ummu saiful.

Wednesday, May 27, 2015

Aku terima nikahnya

GSungguh kasih sayang ini hanya untuk suami dan anak-anak. Walau apapun yang terjadi, kasihku padamu suami tersayang tidak pernah pudar, malah semakin bertambah.

Saat ku dengar ku terima nikahnya Nur Fadzilah Binti Osman, aku bergelar suri hatimu. Alhamdulillah inilah jawapan istikharah ku selama berapa tahun sejak kita berkawan. Semoga Allah berikan petunjuk ini untukku membuat pilihan. Sebenarnya aku bukan banyak pilihan pun. Tak biasa berkawan dengan lelaki. Ya selepas asar pada 1 Muharram 1428H kita selamat diijabkabul.

Hasil perkahwinan ini Allah kurniakan 3 cahayamata yang sihat dan cerdik. Ini amanah kita untuk mendidik mereka supaya menjadi penyambung mata rantai perjuangan Rasulullah. Tetapkan vision untuk anak-anak. Sungguh kita dilahirkan di muka bumi ini untuk menjadi khalifah di muka bumi. Saling menasihati dan saling mengingatkan kalau antara kita tersasar dari landasNya. Kita manusia biasa yang acapkali melihat dunia dengan nafsu. Kita merasa hidup kita tak sempurna. Bagai ada yang tidak lengkap. Kita terus mencari dan kita terjumpa inilah pelengkap kita. Kemudian kita masih rasa tidak cukup, lantas kita mencari lagi dan terus mencari. Kuncinya kita kurang bersyukur ...

Tapi kita lupa yang kita telah ada. Kita lihat segala kebaikan dalam hidup orang lain tapi kita lupa memandang dengan mata hati kita ada suami yang punya segala. Kita ada isteri penyejuk mata di rumah. Hubungan yang halal. Ya Allah pelihara pandangan kami suami isteri dari yang haram yang dengannya akan ada syaitan mengindahkan yang haram dan memburukkan yang halal. Berikan kami kesabaran dalam menangani sebarang konflik rumahtangga yang dengannya aku tidak menyakiti hati suamiky dan suamiku juga begitu. Sedangkan lidah lagi tergigigit, inikan pula suami isteri yang Allah jadikan berbezanya sifat lelaki dan wanita. Dan dengan perbezaan ini, Allah hadirkan rasa mawaddah, mahabbah wa rahmah dalam hati suami isteri supaya saling berkasih-kasihan dalam menjadikan rumah tangga ini baiti jannnati.. Semua kena dengan usaha dan ikhtiar. Rumahtangga yang tidak dipelihara ibarat menanam pokok bunga tanpa baja dan siraman air.. Suatu hari pasti mti.. Begitulah rumahtangga... Dengan cinta dalam perkahwinan, ia tidak akan kekal kerana cinta mungkin akan berkurang dengan meningkatnya usia perkahwinan. Tapi kita ibarat petani moden yang membajai dan memelihara bunga di taman hati pasangan kita supaya cinta kita semakin mekar dan berbunga-bunga

Bersyukurkah kita

ثُمَّ عَفَوْنَا عَنكُم مِّن بَعْدِ ذَٰلِكَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur.
-—----------------------------------------
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
 Al mulk ayat 23
--------------------------------------------
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).al baqarah ayat 152
--------------------------------------------
Dalam kesibukan kita mendidik anak, mengurus rumahtangga, berkerjaya, masam manis di dalam bahtera rumahtangga kita lupa bersyukur kepada Allah. Kita hilang fokus kepada nikmat Allah dan kita fokus kepada masalah yang dengannya membuatkan kita tidak bersyukur. Ingatkah kita mengucapkan Alhamdulillah atas kurniaanNya

🌸Allah kurniakan anak yg bijak pandai, sihat. Sedangkan ada hamba Allah diuji dengan masalah kesihatan anak-anak
🌸Allah kurniakan suami yg bertanggungjawab dan sentiasa mahu berikan yg terbaik utk keluarga. Suami yg sanggup bersengkang mata setiap hari demi masa depan keluarga. Terima kasih abang Dr Ahmad Fairuz.😍
Betapa ada suami yang tidak bertanggungjawab dan hanya si isteri mencari nafkah untuk keluarga
🌸Allah kurniakan suami yg baik, sukar sekali dengar dia meninggikan suara. Sedangkan ada isteri diuji dengan suami kaki pukul dan suka marah-marah dan menengking
🌸Allah kurniakan suami yg banyak senyum... Menenangkan hati😄
Alangkah tenang melihat suami senyum gembira di sisi kita
🌸Allah bagi suami yg sanggup layan karenah isteri yg bermacam-macam. Maafkan saya kerana banyak ragam
🌸Allah bg suami yg sentiasa di sisi mengharungi susah senang hidup berumahtangga
🌸Allah pelihara perkahwinan ini supaya menjadi isteri solehah dan penyejuk mata si suami. Dan juga memberi ruang pda suami untuk menghargai isteri atas segala pengorbanannya melahirkan anak dan mengurskan rumahtangga untuk suami. Semoga rumahtangga menjadi medan suami isteri berlumba membuat kebaikan. Semoga Allah ketemukan kita semula di Firdausi
🌸Allah bagi merasa nikmat perkahwinan yang dengannya kau merasa tenang bersamanya
🌸Allah bagi nikmat bersama suami yg dengannya allah pelihara nafsu kita dari perkara haram dan menundukkan pandangan kita kepada yang bukan mahram
🌸Allah bagi suami yang dengannya kita sentiasa memelihara diri di luar rumah dan menjaga kehormatan diri
🌸allah uji rumahtangga kita supaya kita kembali dekat kepadaNya dan meletakkan cinta kita hanya kepada yg mencintaiNya. Bangunlah malam bermunajat kepada Allah kekasih sejati kita. Dengan memelihara hubungan dengan Allah, rumahtangga kita akan bahagia.
🌸Allah masih bagi ruang untuk bertaubat dan Allah tidak ambil nyawaku masa aku tgh lalai dan jadi isteri derhaka. Sentiasamemohon maaf kepada suami sebelum tidur dan sebelum pergi kerja. Sekiranya kita tidak bertemu lagi redhailah saya sebagai isteri abang di dunia dan akhirat
🌸semoga hidup ini kita belajar ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan. Benar jika memberi tanpa mengharap balasan, kita senang hati berkhidmat untuk suami dan anak3
🌸moga Allah sentiasa pimpin kita menjadi isteri terbaik utk abg dan ibu terbaik utk anak3...
🌸moga sifat sabar itu terdidik dlm hati syg
🌸saya sayang suami kerana Allah. Semoga Allah temukan kita bersama di syurga firdaus. Sungguh hidup ini hanya sebentar.. 
🌸Ya allah terima kasih atas jodoh yg telah ditetapkan untukku.. Beri aku kesabaran, kelembutan hati dan kebaikan dalam melayari bahtera rumahtangga...saya sayangkan abang kerana Allah.

Kempen menjadi isteri solehah
Banyak memberi
Kurangkan merungut
Banyakkan bersyukur
Kurangkan mengeluh

Sungguh aku sayang kamu kerana Allah. Semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah dalam kita melayari bahtera ini. 




Thursday, May 21, 2015

Be grateful

Be grateful that you don’t already have everything you desire, If you did, what would there be to look forward to?

Be grateful when you don’t know something For it gives you the opportunity to learn.

Be grateful for the difficult times. During those times you grow.

Be grateful for your limitations
Because they give you opportunities for improvement.

Be grateful for each new challenge Because it will build your strength and character.

Be grateful for your mistakes They will teach you valuable lessons.

Be grateful when you’re tired and weary Because it means you’ve made a difference.

It is easy to be grateful for the good things. A life of rich fulfilment comes to those who are also thankful for the setbacks.

- Unknown 

Monday, May 18, 2015

SEBARKAN KEBAIKAN MADU QUAD part 1

Alhamdulillah dipertemukan dengan Madu Quad dan produk Quadmeds yang lain seperti madu smart, madu habbat, madu mint, madu imun dan lain-lain lagi. Memang sudah lama saya dan suami mencari madu yang rasanya sedap seperti ini. sudah tentu khasiat madu asli ini tidak terkira banyaknya. Inilah madu asli yang berasal daripada Hutan Bima di Indonesia. (saya duk bisik kat suami, kalau abang nak pergi indonesia tengok tempat asal usul madu ini, jangan lupa bawa saya sekali! :). Harga yang ditetapkan sangat berpatutan. Yang paling penting anak saya sangat sukakan rasa madu quad. Aliah sumayyah suka madu habbat. ahmad saifullah suka madu smart. farzana radhiyyah suka madu quad.

Sejak memberikan madu secara konsisten kepada anak-anak, alhamdulillah anak-anak dah lama tak demam atau mendapat URTI (upper respiratory tract infection). Farzana Radhiyyah aka NANA sebelum ini sangat senang demam. Nana merupakan Thalasaemia carrier inherited from daddy and her Hb always range from 8-9 gm/dl (betul ke unit ni). dengan Hb yang rendah ini, nana senang kena infection lagi-lagi sebab saya hantar nana ke nursery. Sebelum ini, dalam masa 2 bulan saya terpaksa bagi nana 3 kali antibiotik. (augmentin favourite saya). Kadang-kadang saya saja nak tengok samada nana boleh lawan tak jangkitan kuman (common cold/ URTI) tanpa natibiotic, tapi memang tidak berjaya. Lagi satu selalu dapat hyperactive airway disease. she got prolonged cough worse at night sometimes ada wheezing. terpaksa bagi montelukast dan baru improved.

Dah macam-macam alternative medicine saya cuba tapi xsesuai agaknya dengan nana. Finally, saya jumpa madu quad dan terus jatuh hati... saya pun suka rasanya. Anak-anak selalu request nak air madu ais...haha.. memang sedap hokay..sila cuba tau. Kalau sesiapa nak cuba, boleh hubungi saya, dr fadzilah 0195515908 atau email maduquadlakukeras@gmail.com atau like Fb page madu quad laku keras atau Ig madu quad. 

p/s :alhamdulillah saya lega sangat sekarang. dah lama saya tak EL sbb anak demam. semoga kebaikan ini dapat disebarkan kepada orang lain.

Semalam mendengar ikim.fm dalam perjalanan pulang dari tempat kerja. Ustaz cakap hayatilah surah ali imran ayat 55 dan tampal di rumah untuk dihayati oleh suami dan anak-anak:

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan."

Sunday, July 13, 2014

resepi puding karamel tanpa telur

2 sudu gula pasir dicairkan dalam kuali. bila warna bertukar kekuning-kuningan, aku letak 2 sudu air. tuang gula dalam loyang yang kita nak letak puding

bahan-bahannya
- 10g serbuk agar2
- 1 tin susu cair
- 1/2 cup susu pekat manis
-1/2  cup gula pasir
- 4cup air
-3 sudu besar tepung kastard (ambik sikit air dari 4 cup tu untuk bancuh tepung kastard supaya xberketul)
- 1 suku kecil esen vanilla

(bahan2 diatas aku campur dalam 1 periuk dan kacau atas api. bila kuah dah Nampak likat dan gula dah larut, tuang dalam Loyang diatas tadi. aku tapis sebab ada agar2 yang berketul.ntah apa silapku)

sejukkan sebentar dalam 15 minit di suhu bilik. then masukkan dalam peti sejuk.masa moreh boleh makan. gambar takde
**aku rasa pudding caramel ada telur lagi sedap

resepi nasi ulam

minggu lepas buka puasa, aku telah diajar membuat nasi ulam versi utara... senang je rupanya..siap bertukar makanan dengan jiran sebelah.

Bahan2
-nasi putih secukupnya (sejukkan dulu di suhu bilik sebelum digaul dengan ulam-ulam supaya ulam2 xlayu)
- ulam-ulam antaranya daun selom, ulam raja, sikit daun limau purut, sikit daun kunyit, dan apa2 ulam yang ada)

Bahan untuk sambal ulam:
- bawang besar 1 biji
- cili merah 3 biji (aku tambah cili cacak warna hijau tu 4-5 biji bagi pedas sikit)
- serai dihiris halus
-air asam jawa (pekat, sikit je) kalau tak nak, boleh perah limau nipis secukup rasa
-kerisik
-ikan masin seketul ditumbuk halus (aku malas, masuk je blender asal hancur)

(semua dikisar sekali kecuali kerisik la)
- seetelah dikisar, gaul kerisik dan sambal ulam sehingga sebati.
-bila nasi dah sejuk, boleh gaul ulam dan sambal sampai rata. kemudian baru gaul ngan nasi putih. SIAP

nasi ulam enak dihidang dengan kari ikan.

aku yang gigih belajar memasak dari emak sebab asyik kena perli dengan husband...suami bersembang dengan anak (saiful): mak ni klu masak mesti sup sayur dan ikan goring cicah air asam..klu tak, ayam goreng..makan dalam...hello ni anak mak pandai masak tau..cuma xsempat nak belajar.anak kecik2...bila anak dah besar ni, boleh la aku rajin turun ke dapur

RENDANG AYAM MAK

salam semua...hari ini saya nak kongsi resepi rending mak say..bukan rendang tok ye.. masa potluck di pejabat sebelum masuk bulan ramadhan, saya bawa rending ni ke pejabat memandangkan mak baru masak sehari sebelum...inilah anak yang bertuah sebab M.A.L.A.S.
orang lain bawa makanan punya la hebat2...aku bawa apa? bawa rendang mak buat dengan nasi impit dan keropok ikan sebab ada yang masak nasi kerabu. rupa-rupanya rending ini ada peminatnye. maka aku pun telah diarah memberi resepi kepada yang berminat..

Bahan2:
Bahan A: ekor ayam/ 1 kg daging lembu
Bahan B:
- *cili kering 15 biji (nak pedas boleh tambah lagi)
- serai - *8 batang dihiris halus, 2 batang dititik sahaja
- *6 ulas bawang putih
- *10 ulas bawang merah
- *1 inch halia
(semua bahan B* dikisar bersama)

Bahan C:
- 2 sudu besar jintan putih
- 4 sudu besar jinta manis
- 6 sudu besar ketumbar (rempah biji)
(semua bahan C dikisar kering hingga halus)

Bahan D
garam, gula, asam keeping secukup rasa
santan kelapa (selalu beli kt pasar rm 2)
kerisik (beli kt pasar jugak rm 2)

Bahan E
bahan untuk menumis
-kulit kayu manis 1 inch
- bunga lawing 1
- buah pelage (buang biji dalam) 1
- minyak masak

Bahan F
Daun kunyit/ daun limau purut hiris halus

cara memasak
1) tumis bahan E sehingga naik bau. kemudian masukkan bahan B dan C. kacau hingg sebati dan biarkan separuh masak (sehingga bau Wangi)
2) masukkan ayam/ daging dan kacau sebentar
3) masukkan santan, kerisik, gula, garam, asam keeping dan serai yang dititik tadi
4) masak hingga kuah pekat dan daging lembut
5) rasa kuah rending ikut citarasa sendiri
6)akhir sekali masukkan daun kunyit dan kalau suka boleh masukkan daun limau purut.

siap sedia untuk dimakan.
boleh makan dengan nasi impit segera adabi.