kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Wednesday, December 28, 2011

Umur Pencen

kerja yang berlambak-lambak dan bertimbun-timbun selalu membuatkan aku bertekad untuk mendapat FINANCIAL FREEDOM pada usia yang muda..selewat-lewatnya umur 35 tahun..supaya aku boleh bersara..RETIRE YOUNG RETIRE RICH

Monday, August 15, 2011

Kemiskinan Membawa Kekufuran; Mana lebih bahaya?

Banyak orang berhujah tentang bahaya kemiskinan dengan ungkapan:

كَادَ الْفَقْرُ أَنْ يَكُوْنَ كُفْرًا

Bermaksud: “Hampir-hampir kefaqiran itu membawa kepada kekufuran.”

Namun hadis ini adalah Hadis Tersangat Lemah.

Menurut pengarang Tuhfath al-Ahwazi Syarh Jami` Tirmizi ketika menghuraikan hadis ke 3525 Tirmizi, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Nu`aim dalam al-Hilyah daripada Anas sebagaimana tersebut dalam al-Jami` al-Saghir. Al-Munawi ketika menghuraikan hadis ini menjelaskan bahawa: sanadnya adalah amat lemah (wahin). Al-Qari pula mentafsirkan kefaqiran itu sebagai kefaqiran jiwa dan hati bukannya kefakiran harta. Kefakiran jiwa sememangnya membawa kepada kekufuran.

Justeru, hadis ini tidak mampu dibuat hujah untuk menyatakan bahaya kemiskinan, malah sebaliknya yang lebih bahaya ialah kemewahan dan kesenangan sebagaimana sabit dalam banyak hadis yang sahih.Antaranya:

‏لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْM

Maksudnya: “Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no 2924)

Walaupun begitu, Islam tidak juga menggalakkan umatnya menjadi miskin semata-mata. Ini kerana Nabi berdoa:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya: “Ya Allah. Saya berlindung dengan Kamu daripada kekufuran dan kefaqiran dan saya berlindung dengan Kamu daripada azab kubur. Tiada Ilah melainkan Kamu.” (Hadis riwayat Abu Dawud, Nasaie dan Ahmad)

Islam juga tidak menggalakkan umatnya menjadi kaya semata-mata sebagaimana hadis sebelumnya. Yang digalakkan ialah samada orang kaya yang bersyukur atau orang miskin yang bersabar. Orang kaya yang bersyukur ialah orang kaya yang menggunakan hartanya pada tempat-tempat yang diarahkan oleh Alah untuk disalurkan. Orang miskin yang bersabar pula ialah orang miskin redha dengan kemiskinannya lalu tidak melakukan perkara haram demi untuk sesuap nasi. Malah sekiranya dibuat perbandingan, manakah yang lebih afdhal kaya yang bersyukur atau miskin yang bersabar? Maka majority ulama berpandangan kaya yang bersyukur lebih afdhal kerana manfaat kekayaannya melimpah dan dapat dinikmati oleh orang lain.

Tuesday, August 9, 2011

onsen tamago with beef rice bowl

arini aku nak kongsikan camne nak buat onsen tamago atau ngan istilah melayunya telur separuh masak. biasanya kalau kita wat poach-egg putih telur tak selembut telur onsen... akceli jepun sangat terkenal dengan `ketelurannya`..... macam2 menu telur ada... kadang makan mentah dengan nasi pong dah cukop... arini aku gabungkan onsen tamago dengan daging minced... kalau dengan okra pong aku suker... ah! kiranya makan ngan apa pong aku suker... haha.... utk resepi okra tuh aku sertakan skali eh kalau sapa2 nak cuba... selalu tuh buat tapi malas nak amik gamba... nanti kalau ader aku masukkan gamba tuh... jom kita blaja buat onsen tamago.... maybe setengahnya dah tahu dan menggunakan cara yg berbeza2, nih bagi mereka2 yang ingin tahu la yer.... senang jer...
panaskan air sehingga betol2 mendidih. matikan api.
masukkan telur. biarkan terendam air panas selama 10min. setkan minit.. jgn terlalu lama nanti terlebey masak.

dah cukop masa, keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk atau sekurang2nya 10min atau lebih. Pecahkan telur dan lihat hasilnya... Boleh curahkan dgn kicap jepun/syouyu/kicap biasa atau stok dashi (3/4cwn stok dashi+1sb syouyu).selamat mencuba! :)
Gyudon atau beef rice bowl salah satu menu yang sesuai utk makan dengan onsen tamago.. sebenarnya gyudon menggunakan daging slice... tapi aku guna daging minced. tp klu guna slice sedikit berbeza resepinya. lenkali yer... resepi daging nih boleh juga dicurahkan ke atas tofu panas/sejuk.

RESEPI BEEF RICE BOWL
source:
hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 1/4biji bawang besar kuning - cincang/potong dadu kecil
  • *1 inci halia - parut
  • *2 ulas bawang putih - parut
  • *2-3 sudu besar kicap pekat
  • *1-2 sudu besar sos tiram
  • *1 sudu besar syouyu/kicap cair
  • 1sk minyak bijan
  • 4 batang asparagus - hiris kecil bulat
  • sedikit blackpepper
  • garam dan gula
  • sedikit air/stok daging
  • daun bawang hiris
  • onsen tamago
  • shichimi togarashi - klu xde bleh buh blackpepper/cili flakes
  • bijan
  • Nasi jepun
Cara-cara
  • Satukan daging dengan bahan yg bertanda *. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging tadi. Kacau hingga daging berubah warna. Masukkan asparagus dan minyak bijan dan kacau. Masukkan air/stok daging, gula, garam, sdikit blackpepper. Masak hingga kuah agak kering. Matikan api.
  • Cara hidangan,sendukkan nasi jepun ke dalam mangkuk. Letak daging minced tadi. Taburkan bijan dan daun bawang. Kemudian letak onsen tamago di tengah2. Taburkan shichimi togarashi. Siap.
RESEPI OKRA RICE BOWL - nnti klu ade gamba aku letak
sorce :
hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 batang bendi kontot - sapukan dgn garam
  • daikon/lobak putih parut dan toskan airnya
  • onsen tamago
  • nasi jepun
  • kicap syouyu
Cara-cara
  • Didihkan air panas. Celur bendi sehingga 4-5min atau sehingga bendi masak.
  • Angkat dan rendam dlm air sejuk sebentar. Toskan dan hiris nipis.
  • Campurkan dengan daikon/lobak putih tadi. Jika tak suka daikon tak payah letak. Boleh juga klu nk campurkan dgn tuna atau apa2 sahaja yg disukai.
  • Cara hidangan: Sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letak okra tadi. Pecahhkan onsen tamago dan letak di tengah2 bowl. Curahkan kicap syouyu. Siap.

Monday, July 18, 2011

Pudding cocktail berkuah

Puding koktel berkuah ni buat untuk dibawa ke ofis kerana ada jamuan kawan yg akan berhenti kerana mendapat kerja ditempat lain....puding ni sedap dimakan sejuk....selepas dikeluarkan dr peti ais....nyaman je rasa tekak diwaktu musim panas ni.....dan nak buat pun senang dan ringkas je....

Puding koktel berkuah

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:

1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail


http://dapurcomelku.blogspot.com/2009/01/puding-koktel-berkuah.html

Pudding triffle

Puding Trifle
Sumber: Kak Maizana

Bahan

Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly - Hanis guna cap NONA
1tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit
Yogurt atau whipping cream - haniss guna whipping cream

Cara membuatnya:

Lapisan 1
Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (bekas pyrex baru nampak lapisan nanti). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

Lapisan 2
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

Lapisan 3
Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

Lapisan 4
Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

Lapisan 5
Bila jelly dah beku sapukan yogurt ataupun whipping cream keatasnya, kalau nak cantik lagi taburkan dengan buah strawberry keatasnya......haniss tabur dengan badam panggang

Wednesday, June 29, 2011

How to make peace with mother –in-law

WHILE OUT TO LUNCH at a restaurant, I couldn't help overhearing the conversation at the table next to me. There sat three women, each complaining about her mother-in-law. "My husband's mother started criticizing me at my wedding 20 years ago and she never stopped," one woman said. "My mother-in-law thinks my husband is her personal handy man--she'll call at least once a week, insisting he come over right away and do this and that," said another. "My mother-in-law stops by all the time, expecting us to drop what we're doing and entertain her," said the third woman.

How sad, I thought to myself, that these women had such difficult times with their mothers-in-law. Yet I knew they weren't alone in how they feel. Getting along with your in-laws can be one of the biggest challenges of married life. According to researchers at Utah State University, nearly 60 percent of all marriages suffer from tension with mothers-in-law, normally between the daughter-in-law and her husband's mother. Somehow the stereotype of the nagging, meddling mother-in-law can seem like a normal part of life.

Why so many misunderstandings? Dr. Peter A. Wish, former nationally syndicated columnist of The Family Experience, says that "often it's a matter of mothers not wanting to let go. The mother may not recognize her son as being an adult, and so she continues to treat him like a kid, even after he gets married and has a family of his own."

Clashes with your mother-in-law may actually intensify as you get older. "A 20-year-old woman may not be very confident about her own opinions, and if she has a mother-in-law who's been through 40 years of life and she says things ought to be done this way, it's harder to challenge her," says Dr. Everett Worthington, a professor at Virginia Commonwealth University with a special interest in the role of in-laws. "But by the time a woman is middle-aged, she's normally a well-established adult who has her own strong opinions and feels more confident to confront her mother-in-law head-on."

Obviously, in-law clashes are far from ideal. When you and your mother-in-law are on bad terms, the tension takes a big toll. Your spouse and children may feel they are caught in the middle and resent being forced to choose sides. Family get-togethers are strained. Your physical health and spiritual life may suffer.

"Mother-in-law battles can poison family life," Dr. Judith Sills, a family counselor in Philadelphia, Pennsylvania, with a special interest in the role of in-laws. "It may start out as a feud between you and your mother-in-law, but before you know it, your husband, kids, father-in-law and other relatives are also drawn into the conflict."

Although it is not necessary to become best friends with your mother-in-law, it is important to be on good terms with her. Romans 12:18 tells us we should live peaceably with everyone, and in-laws are no exception. What follows are five of the most common complaints about mothers-in-law and suggestions for making peace.

"She's always telling me what to do"

RAMONA ADDRESSES A COMMON PROBLEM when she says, "I can't do anything without my mother-in-law second-guessing me. She sees me wearing a white dress and tells me I would look thinner in black. I put a jacket on my child and she insists he needs his winter coat. She notices me using butter in my cooking and gives me a lecture about cholesterol. I'm 37 and she treats me like I'm a child."

 

 

Even if you don't appreciate her choice of words, you can still thank your mother-in-law for her concern.

 

 

 

How can you discourage unwanted suggestions without having a big confrontation? One woman I know prepares ahead of time for encounters with her mother-in-law. Prior to an anticipated visit, she mentally reviews the most recent comments that rubbed her the wrong way and thinks about what would be proper responses. "Anticipating the types of remarks my mother-in-law might make and how I could respond shows me where I'm being oversensitive and helps me not overreact when she does say something offensive," she says.

Even if you don't appreciate her choice of words, you can still thank your mother-in-law for her concern. Reassure her that you will ask for her input if and when you feel you are at a dead end. You might say, "Mom, I love you and I appreciate your concern. But the best way for us to be close is for you to let me do things my own way." Make it clear that you still want her to be involved with your family, but it has to be on your terms.

"She keeps meddling"

PHIL'S MOTHER-IN-LAW went beyond giving unsolicited advice and actually interfered. "Our two daughters spent the weekend with my mother-in-law while my wife and I went out of town," he explains. "Grandma has the tendency to spoil our kids, and they already have plenty of toys, so we specifically told her to not buy anything for them that weekend. When we got back Sunday night, the first thing our daughters did was show us the new doll house Grandma bought them. I was so mad I could barely speak."

The best way to handle this type of conflict is to communicate. "You and your spouse should talk to your mother-in-law, as a couple, and make it clear that this is a concern you both have," Dr. Wish says. Set aside a time and place to talk when both you and your mother-in-law feel relaxed and stress-free. Talk in a neutral setting: at the park, in a restaurant, during a walk around the neighborhood--while you're doing something enjoyable.

Fight the urge to run down a list of your mother-in-law's annoying traits. Instead, start with something positive, such as, "Mom, I know you mean well, but it really bothered me when you ignored my instructions for the children." Go into the talk with an open mind and give your mother-in-law a chance to explain herself. You may be surprised at her reasons for doing what she did.

"She wants constant companionship"

ONE OF THE MOST DELICATE mother-in-law situations is when she wants more companionship from you than you are willing or able to give. "I adore my mother-in-law," says Amy. "The problem is, she's retired and lives alone and has lots of free time on her hands. I've got two teens, a husband and house to take care of, as well as a full-time job. A few minutes after I'm home from work, she'll stop over, wanting to sit and chat. But I need to get dinner going, the kids want attention, I haven't seen my husband all day. If I tell her I don't have time to talk, I feel so guilty."

 

 

If your mother-in-law is making too many demands on your time, be honest with her about how you feel.

 

 

 

If your mother-in-law is making too many demands on your time, be honest with her about how you feel. Tell her what you'd like to see in the relationship, and try to establish the right level of involvement for both of you. How often should you get together? Do you want her to call once a week? How much privacy do you need? Can she stop over uninvited? Set clear boundaries you both can agree on.

Frame your words positively. Saying, "We enjoy being with you, however it's unsettling for us to have you just stop by without calling first," is better than announcing, "We don't like it when you come over uninvited." Tell her that you definitely want to spend time together, but that you need to be able to plan when and how often.

Your mother-in-law may be widowed or suffering from poor health and genuinely need a lot of your time. Check out your other options. Are there other relatives who could be do more to help? Does your mother-in-law have friends she could be calling instead of you? Don't feel guilty if you can't fill all your mother-in-law's needs. Knowing your own limits is the key to giving sincerely.

"She competes with me for my husband"

IRENE SUMS UP THE FEELINGS of many women when she says, "I feel like an outsider when I'm around my mother-in-law. Even though my husband and I have been married 15 years, she still treats me as though I'm a threat, someone who wants to take her son away from her. I'm not usually a competitive person, but when I'm with my mother-in-law, I find myself comparing, keeping score and being unsure of my status in the family."

Unfortunately, there's a built-in sense of rivalry in every daughter-in-law/mother-in-law relationship. "A woman and her mother-in-law are in a triangular relationship with the same man," says Dr. Sills. "The daughter-in-law's gain is frequently the mother-in-law's loss. And when another woman has caused you a loss, no matter how intellectually understandable it is, it's hard to take."

An effective strategy for dealing with competitive feelings is to realize that part of your mother-in-law's possessiveness is natural aspect of being a mother. "Your mother-in-law may never stop feeling it's her job to be a caretaker to your husband," Dr. Sills says. "Asking her to give up control completely and let you be the only influential woman in your husband's life is asking the impossible."

Stop comparing yourself to your mother-in-law. "A common feeling is for a woman to feel that she's not measuring up to her husband's mother," says Dr. Wish. "Remind yourself that you are not your mother-in-law. You don't have to live your life according to her terms. The earlier you establish this as a framework for your marriage, the happier you will be."

"She won't admit her mistakes"

YOU MAY HAVE TRIED talking to your mother-in-law about something she's done to hurt you and be getting nowhere. That is the situation for Brent. "My mother-in-law is totally oblivious to her faults," he says. "When I try to tell her about something she did that upset us, she either acts like she doesn't know what I'm talking about or spends an hour defending her actions. But until she starts apologizing, I don't care to be around her."

 

 

Remind yourself that having a good relationship with your mother-in-law is part of having a strong family.

 

 

 

Even if your mother-in-law can't see or refuses to acknowledge how she's hurt you, you still can, and should, forgive her. Forgiveness is not a matter of you insisting your mother-in-law says she's sorry, but of you letting go of the anger you have for her. Until you bury the past, you will not be able to move onto the future.

The first step to forgiveness is to try to understand your mother-in-law's perspective. "You may come to see that she wasn't being as malicious as you once thought," Dr. Worthington says. "The second step is to realize that you may not have done the same thing to her but you've probably hurt other people. And just as you would like to have forgiveness for the times you've hurt others, you should willing to forgive your mother-in-law."

Although it is never too late to make peace, it will take time to reconcile with your mother-in-law. "You have to rebuild trust, and you don't just do that by saying 'I forgive you,' even if you mean it 100 percent," Dr. Worthington says. "Whereas forgiveness is granted, trust is earned, and that doesn't happen overnight."

While progress may be slow, a healthy relationship can be achieved with your mother-in-law. The more you understand what motivates her when she does things to get on your nerves, the less likely you will be to overreact or turn every little incident into a major one. Remind yourself that having a good relationship with your mother-in-law is part of having a strong family. It may take a lot of patience, love and commitment on your part to have a peaceful relationship with your mother-in-law. But it's definitely worth the effort.

source: http://www.kubik.org/vcm/mominlaw.htm

Mata kasar VS mata nafsu VS mata IMAN

Bayangkan tatkala kita sedang merenung wajah seorang tua yang sudah berkedut, kudrat yang sudah uzur memberikan perspektif yang berbeza pada mata yang melihat. Ianya boleh dilihat dengan mata kasar, mata nafsu atau mata iman.

1) Mata kasar : Pabila kita sekadar melihat dengan mata kasar, tidak akan memberi makna apa-apa sekadar melihat sambil berlalu.

2) Mata nafsu : Pabila kita sekadar melihat dengan mata nafsu, kita akan terfikir untuk tidak mahu menjadi tua seperti itu. Tidak mahu berkedut, tidak mahu sakit dan jikalau boleh mahu kekal muda buat selama-lamanya. Lalu pelbagai cara digunakan untuk menegangkan kulit muka seperti botox, cucuk vitamin c , pembedahan plastiK dan sebagainya. Pelbagai ubat-ubatan digunakan kononnya untuk mengekalkan keremajaan kulit. Segala produk kecantikan dan ubat-ubatan untuk melambatkan penuaan akan dicuba dan dimakan. Bagi mereka yang pernah melihat cerita-cerita kuno dinasti cina, pasti teringat tentang kisah dimana seorang raja yang mempunyai ubat yang boleh menjadikannya hidup selama-lamanya dan menjadi rebutan semua orang.

 
 

3) Mata iman : Pabila kita melihat mereka dengan mata iman, kita akan melihat wajah-wajah tua dan kusam, penuh dengan kedut di muka dengan kudrat yang sudah uzur akan memberikan keinsafan di hati insan yang melihat dengan mata iman. Melihat wajah-wajah tua akan menyebabkan kita menangis. Menangis bukan kerana takutnya menjadi tua. Menangis kerana sedar dan insaf bahawa apa yang ada di dunia ini semuanya tiada yang kekal abadi. Semuanya adalah sementara. Kecantikan akan hilang, kekuatan akan hilang, kekayaan akan ditinggalkan, kuasa dan pangkat akan ditinggalkan, muda akan tua. Lalu apakah yang lebih utama di dalam kehidupan sementara di muka bumi ini? Mata iman akan menjawab ialah mencari keredhaan Allah dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Kerana apa? Kerana apa yang dijanjikan Allah iaitu hari akhirat yang kekal abadi adalah pasti, syurga dan neraka adalah pasti. Jika tiada cukup bekalan yang baik yang dibawa dari hidup yang sementara ini balasan neraka adalah pasti dan kekal abadi...Nauzubillah...Lalu apakah gunanya melebih-lebihkan kehidupan dunia yang sementara daripada kehidupan akhirat yang abadi. Bukanlah bermakna melebihkan akhirat dengan meninggalkan seluruh urusan di dunia dan hanya duduk di tikar sejadah semata-mata. Lalu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai kejayaan di alam yang kekal abadi itu? Apa yang patut kita buat semasa kehidupan yang sementara di dunia ini?

Jawapannya semua ada di dalam al-Quran, manual hidup seorang muslim yang harus dibaca dan dihayati setiap hari, iaitu:

-Jika dia seorang anak, dia akan menjadi anak yang terbaik, yang sentiasa membahagiakan hati kedua ibu bapanya. Tidak lupa sentiasa berdoa untuk ibubapa samada ibubapa masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

-Jika dia seorang ibu/ayah, dia akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anaknya dengan mendidik mereka tentang ilmu, mendidik anak menjadi anak soleh dan solehah. Melaksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa tanpa rasa keluh kesah. Memasak, menjaga rumahtangga dengan hati yang ikhlas dan tenang.

-Jika dia seorang suami, dia tidak akan berlaku zalim kepada isterinya dan mendidik isterinya dengan baik dan penuh kasih sayang. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan cara yang terbaik.

-Jika dia seorang isteri, dia akan menjadi seorang isteri yang terbaik untuk suami yang tercinta, taat dan menghormati suami. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan cara yang terbaik.

-Jika dia seorang pekerja, dia akan berusaha untuk melakukan yang terbaik di dalam usaha kerjanya tanpa seberang kebencian dan rasa tidak puas hati kepada orang atasan.

-Jika dia seorang kawan, dia akan selalu bercakap bersopan dengan kawan-kawannya tanpa cuba menyakiti hati kawan, tidak akan menabur fitnah dan mengumpat kawannya tanpa jemu. Dia akan menegur rakannya jika rakannya menyimpang dari jalan yang benar. Hasratnya adalah supaya dia dan rakannya akan bersama-sama terselamat daripada seksaan neraka di alam yang kekal abadi.

- Dan yang paling UTAMA, dia akan menjadi seorang hamba yang sentiasa bersyukur, mengharapkan rahmat dan kasih sayang daripada ALLAH Yang Maha Esa dengan melakukan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dengan rasa khusyuk, ikhlas kerana apa yang paling penting dalam hidup insan ini adalah mendapat kasih sayang, rahmat dan redha daripada Allah. Sesungguhnya tanpa rahmat dan kasih sayang daripada Tuhan Yang Maha Esa sesungguhnya jadilah kita tergolong dalam hamba-hamba yang rugi. Setiap perlakuannya sentiasa merasa diperhatikan oleh Allah dan dengan itu merasa takut untuk melakukan dosa. Mementingkan Allah daripada segala-galanya. Tidak culas untuk bersolat di awal waktu, bersolat sunat, berqiamulail dan sebagainya.

Namun, memang sifatnya manusia kekadang terlupa dan terdengar pujukan dan rayuan nafsu dan syaitan. Jika sudah tersedar dari kesilapan maka beristighfarlah kepada yang Maha Esa untuk mengampuni dosa-dosa kita. Insya-Allah, jika kita memohon ampun dengan hati yang tulus ikhlas, Allah yang pengasih dan penyayang akan mengampuni dosa-dosa kita. Rasullah S.A.W manusia yang maksum juga beristighfar paling kurang 100 kali sehari jadi kita sepatutnya lebih kerap lagi beristighfar. kerana jika kita lalai daripada beristighafar dan memohon ampun daripada Yang Maha Esa, hati kita yang berbuat dosa akan dipenuhi dengan titik-titik hitam. Jika titik hitam sudah memenuhi hati kita, hati kita menjadi buta. Hati yang buta teramat bahaya kerana sinar kebaikan dan sinar hidayah akan susah menembusi hati kita yang sudah hitam. lalu, jika orang mengajak kita membuat kebaikan, memberi nasihat, hati kita akan mencemuh dan membenci perkara kebaikan lagi. Nauzubillah.

-Dunia ini sementara adalah pasti.

-Hidup kita di dunia sudah pasti akan mati.

-Akhirat itu pasti.

-Syurga dan neraka itu pasti.

Lalu adakah kita mengambil langkah yang sepatutnya untuk perkara yang pasti itu?

5 perkara yang harus digunakan sepenuhnya sebelum tiba 5 perkara iaitu:

1) Kaya sebelum miskin

2) Muda sebelum tua

3) Sihat sebelum sakit

4) Lapang sebelum sibuk

5) Hidup sebelum mati

Wanita la tahzan

Aku kecewa..xtau kenapa hatiku memberontak..bukan bibik tu yang menyusahkan aku tetapi "orang-orang" berkepentingan yang inginkan bibik tu..patutkah jika bibik itu disediakan untuk suamiku kerana beban kerja rumahku yang tidak mungkin dapat aku selesaikan seorang diri digunapakai oleh "orang lain" yang mahu hidup seperti RAJA..bukan xpernah hidup susah tapi orang susah kalau dah senang tak ingt dunia lagi..aku ni hanya menantu yg diorang tak pernah sayang macam anak dia pun...dah 4 tahun setengah aku kawin dan aku sendiri dapat rasakan diorang punxsayang aku..xpayah la aku pun xingin..

Biarla ambik la sume..asalkan aku senang hati..biar diorang senang di dunia, di akhirat aku xnak hutang ape2 ngan diorang..

Sunday, June 19, 2011

BAGAIMANA KHILAFAH DIHANCURKAN

 
 

[SN265] Di saat segelintir umat Islam meraikan kemenangan Parti Keadilan Dan Pembangunan (AKP) di Turki di dalam pilihanraya umum negara itu beberapa hari lepas, kita mesti ingat bahawa Turki, sebagaimana Malaysia, adalah sebuah negara sekular yang mengamalkan undang-undang kufur hasil tinggalan penjajah British. Janganlah hendaknya kita dikaburi dengan kemenangan AKP, sehingga kita melupakan satu peristiwa yang amat memilukan umat Islam yang cintakan penyatuan di seluruh dunia, yang berlaku di Turki lebih kurang 90 tahun yang lalu, yang sekali gus telah melenyapkan Islam dari pemerintahan. Pada hari Isnin tanggal 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), dunia dikejutkan oleh satu berita yang menggemparkan dari Turki bahawa Mustafa Kamal telah secara resmi menghapuskaninstitusi Khilafah. Pada malam itu,Sultan Abdul Majid II, Khalifah terakhir kaum Muslimin, dipaksa untuk mengemas barangannya dan dibekalkan dengan sedikit wang, laludihalau keluar dari Turki dengan kendaraan yang telah disediakan khas.

Dengan cara itulah, sebuah pemerintahan Islam yang berusia 1342 tahun, berakhir. Sautun Nahdhah kali ini ingin mengungkap sekelumit sejarah dari tindakan-tindakan jahat kolonialis beserta pemimpin Islam pengkhianat yang menyebarkan benih perpecahan diantara kaum Muslimin dengan menanamkan semangat nasionalisme dan akhirnya mengatur penghancuran Daulah Khilafah hingga keakar umbi.Sebagaimana diakui oleh Lord Curzon (Menteri Luar British pada waktu itu), British bersama dengan Perancis memainkan peranan penting dalam membahagitanah kaum Muslimin diantara sesama mereka. Sesungguhnya rancangan mereka untuk menghapuskan Khilafah merupakan perancangan yang telah dibuat ratusan tahun lamanya yang akhirnya berjaya ketika Khilafah Utsmaniyah mengalami kemorosotan yang parah di pertengahan abad ke 18.

Usaha pertama puak kuffar untuk menghancurkan penyatuan Islam terjadi pada abad ke-11 ketika Pope Urbanus II melancarkan Perang Salib I untuk menduduki Al-Quds. Setelah 200 tahun pendudukan, akhirnya pasukan salib berjaya dikalahkan di tangan Salahudin al-Ayubi. Di abad ke-15, Konstantinopel ditaklukan dan benteng terakhir Kekaisaran Byzantium itupun dikalahkan. Lalu pada abad ke-16, Daulah Islam berjaya membuka seluruh bahagian selatan dan timur Eropah dengan membawa Islam kepada bangsa-bangsa tersebut. Akhirnya, jutaan penduduk Albania, Yugoslavia, Bulgaria dan negara-negara lain memeluk Islam. Setelah pengepungan Viennapada tahun 1529,Eropah membentuk pasukan bersekutu (allies) untuk menyekat perkembangan Khilafah di Eropah. Pada titik itulah bangkitnya permusuhan pasukan Salib terhadap Islam dan Khilafah. Lalu dibuatlah rancangan-rancangan berkaitan dengan "Masalah Ketimuran" seperti yang sudah diketahui.Setelah kekalahan mereka di tangan pasukan Islam, pasukan Salib menyedaribahawa kekuatan Islam adalah kerana 'akidah Islam' yang dimiliki oleh umat Islam. Selagi mana kaum Musliminberpegang kuat dengan Islam dan ajaran al-Qur'an, maka Khilafah tidak akan dapat dihancurkan. Lalu mereka merubah fokus peperangan kepada peperangan pemikiran.

Inilah sebabnya di akhir abad ke 16, mereka mendirikan pusat misionaris pertama di Malta dan membuat markasnya untuk melancarkan serangan misionaris terhadap Dunia Islam. Inilah peringkat awal masuknya kebudayaan Barat ke Dunia Islam yang dilakukan para misionaris British, Perancis dan Amerika.Para misionaris itu melakukan usaha tersembunyi ini atas nama lembaga-lembaga pendidikan dan ilmu pengetahuan. Pada awalnya, kesan dari tindakan itu hanya kecil sahaja, tetapi di sepanjang abad ke-18 dan 19 ketika kemunduran melandaDaulah Khilafah, mereka mampu mengeksploitasi kelemahan Khilafah dan menyebarkan konsep-konsep mereka ke dalam masyarakat. Di abad ke-19, Beirut menjadi pusat aktiviti misionaris. Selama masa itu, para misionaris mengeksploitasi perselisihan dalaman diantara orang Kristian dan Druze dan kemudian antara Kristian dan Muslim, dengan British berpihak pada Druze sementara Perancis berpihak pada Kristian Maronite. Selama masa itu, para misionaris itu memiliki dua agenda utama: (1) Memisahkan orang Arab dari Khilafah Utsmaniyah (2)  Membuat kaum Muslimin merasa terasing dari ikatan Islam (dengan cara menjauhkan kaum Muslimin dari ajaran Islam).

Pada tahun 1875 "Persekutuan Rahsia" dibentuk di Beirut dalam usaha untuk mendorong nasionalisme Arab di kalangan rakyat. Melalui kenyataan-kenyataan dan selebaran-selebaran, persekutuan itu menyerukan kemerdekaan politik orang Arab, khususnya mereka yang tinggal di Syria dan Lebanon. Dalam literaturnya, mereka berulangkali menuduh Turki merebut Khilafah Islam dari orang Arab, melanggar syariah dan mengkhianati agama Islam.Hal ini memunculkan benih-benih nasionalisme yang akhirnya berbuah pada tahun 1916 ketika British memerintahkan seorang ejennya, Syarif Hussein dari Mekah untuk melancarkan pemberontakan Arab terhadap Khilafah Utsmaniyah. Pemberontakan ini berjaya dalam mengeluarkan tanah Arab dari Khilafah dan kemudian menempatkan tanah itu di bawah mandat British dan Perancis.Di saat yang sama, nasionalisme mulai dikobarkan terhadap orang-orang Turki. Gerakan Turki Muda didirikan tahun 1889 berdasarkan nasionalisme Turki dan dapat berkuasa tahun 1908 setelah mengusir Khalifah Abdul Hamid II. Pengkhianat, Mustafa Kamal yang menghapuskan keKhilafahan adalah anggota Turki Muda. Inilah alasannya mengapa Kamal kemudian berkata, "Bukankah kerana Khilafah, Islam dan ulama yang menyebabkan para petani Turki berperang hingga mati selama lima abad? Sudah waktunya Turki mengurus urusannya sendiri dan mengabaikan orang India dan orang Arab. Turki mesti melepaskan dirinya untuk memimpin kaum Muslimin."

Disamping aktiviti yang dilakukan oleh misionaris British dan Perancis, mereka bersama dengan Rusia mula melakukan penjajahan langsung di banyak bahagianwilayah Islam. Ini dimulai pada pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun 1768 ketika Catherine II dari Rusia berperang dengan Khilafah dan mereka berjaya menduduki wilayah Islam di Selatan Ukraine, Kaukasus Utara, dan Crimea yang kemudian dijadikan bahagian dari Kekaisaran Rusia. Perancis menyerang Mesir dan British mulai menduduki India. Di Abad ke-19,Perancis menduduki Afrika Utara dan British menduduki Mesir, Sudan, dan India. Sedikit demi sedikit wilayah Khilafah menjadi berkurang hinggalah akhir PD I di mana apa yang tersisa hanyalah Turki, yang diduduki oleh pasukan sekutu dibawah perintah Jeneral British, Charles Harrington.

Pemecahan dan pembahagian tanah Khilafah dilakukan melalui sebuah perjanjian rahsia antara British dan Perancis tahun 1916 iaitu Perjanjian Sykes-Picot. Rancangan jahat ini dibuat diantara diplomat Perancis, François Georges-Picot dan penasihat diplomat British, Mark Sykes. Di bawah perjanjian itu, British mendapat kontrol atas Jordan, Irak dan wilayah kecil di sekitar Haifa. Perancis diberikan kawalanatas Turki wilayah Selatan-Timur, utara Irak, Syria dan Lebanon. Puak kuffar Barat itu dengan begitu bebas melakar garis perbatasan di dalam wilayah Khilafah (Sehinggasekarang kita dapat saksikan bahawa peta Timur Tengah yang wujud,adalah kesan dari garis-garis sempadan yang dilakar oleh Sykes dan Picot).

Pada tahun-tahun berikutnyaproses kehancuran Khilafah, British memainkan perananutama dengan cara memelihara ejennya Mustafa Kamal Attartuk laknatullah. Melalui sejumlah percaturan politik dengan bantuan British, Mustafa Kamal mampu menjadikan dirinya berkuasa di Turki. Tahun 1922, Konferens Lausanne diadakan oleh Menteri Luar British, Lord Curzon untuk membincangkan 'kemerdekaan' Turki. Turki pada waktu itu berada di bawah pendudukan pasukan sekutu dengan institusi Khilafah hanya tinggal nama sahaja. Selama konferens itu, Lord Curzon menetapkan empat syarat sebelum mengakui kemerdekaan Turki. Syarat-syaratnya adalah:

(1) Penghapusan Khilafah sepenuhnya
(2) Pengusiran Khalifah ke luar perbatasan
(3) Perampasan aset-aset Khilafah
(4) Pengumuman bahawa Turki menjadi sebuah Negara Sekular.

Walau dengan tekanan asing yang begitu hebat itupun, lebih ramai kaum Muslimin di Turki masih mahu dan mengharapkan Khilafah, yang telah melayani Islam sedemikan baiknya selama beberapa abad sebelum ini dan mereka tidak pernah membayangkan bahawa Khilafah boleh terhapus. Kerana itu, konferens itu berakhir dengan kegagalan. Namun, Lord Curzon tidak menyerah dan terus mengatur langkah-langkahpenyudah dengan lebih licik.

Mustafa Kamal, British Dan Detik-detik Akhir Kejatuhan Khilafah

Walaupun Dunia Islam berada dalam keadaan lemah disebabkan oleh faktor dalaman dan luaran seperti yang dijelaskan tadi, tetapi umat Islam masih meyakini bahawa syariah Islam adalah sebagai teras kehidupan, Khilafah ialah sistem Negara Islam dan Khalifah sebagai ketua negara. Jadi, mereka masih tetap mempertahankan Khilafah sebagai negara mereka. Dari sudut kerjasama British dan pemimpin umat Islam, kejatuhan Khilafah berpunca daripada konspirasi Barat melalui ejen-ejennya yang beragama Islam tetapi berpegang teguh kepada pemikiran sekular Barat. Pada akhir abad ke-19 (sekitar 1870-an) Midhat Pasha sebagai 'Grand Vazier' (seperti ketua menteri) telah memperkenalkan perlembagaan sekular yang ditiru dari perlembagaan Belgium. Perlembagaan ini menerangkan adanya Parlimen untuk mewujudkan undang-undang baru dan sistem Demokrasi diterapkan manakala sistem Khilafah mesti diketepikan. Walaupun perlembagaan ini mendapat tentangan daripada Khalifah Abdul Hamid II pada ketika itu, namun akhirnya selepas pemecatan Abdul Hamid pada 1908 melalui sebuah konspirasi politik,  ia diterapkan berserta undang-undang Perancis. Para ulama yang lemah pada waktu itu juga telah mengeluarkan fatwa membolehkan penerimaan undang-undang Barat kerana berpendapat ia tidak bertentangan dengan Islam. Ini menyebabkan institusi Khilafah semakintenat, umat Islam semakin jauh daripada Islam kerana kehidupan mereka diatur oleh sistem Barat dan bukannya hukum-hukum Allah.
 
Nama Mustafa Kamal mula muncul pada tahun 1915. Mustafa Kamal pada mulanya hanyamerupakan seorang pegawai tentera biasa dan tidak terkenal tetapi mempunyai pemikiran sekular. Semasa peperangan di Ana Forta pimpinannya, ketika itu dia merupakan Kolonel yang memimpin satu ketumbukan tentera, Turki sedang berperang dengan British iaitu sebuah kuasa tentera yang sangat besar (sebagai kuasa dunia). Secara diam-diam, Kamal telah berpakat dengan British di mana British kemudian telah mengundurkan tenteranya. Dengan pengunduran British ini, bermakna tentera Kamal telah menang dan nama Kamal pun diangkat sebagai wira negara. Dari situlah pengaruh Kamal dan gerakan pimpinannya (Gerakan Turki Muda) menjadi semakin besar dan penting dalam pentadbiran Turki. Sejak itu, Mustafa Kamal diberi tugas-tugas penting dalam peperangan namun malangnya, bukan peperangan yang berlaku tetapi perjanjian damai dengan musuh Islam yang dibuatnya. Perjanjian-perjanjian tersebut pula hanya berpihak kepada musuh Islam seperti perjanjian untuk mengundurkan tentera di Syria ketika berhadapan dengan British di mana selepas itu British berjaya menguasai Syria.
 
Selain daripada Kamal Attarturk, pihak yang memainkan peranan secara langsung dalam meruntuhkan sistem Khilafah ialah British. British memang sangat dengki dengan Islam dan mahu menjatuhkan Khilafah sebagai dendam kesumat sejak peperangan Salib lagi. Sebelum kemunculan Kamal lagi, British telah meniupkan semangat patriotisme, nasionalisme Arab dan nasionalisme Turki supaya perpaduan di kalangan umat Islam terpecah. Kemudian, para nasionalis yang mendokong idea ini menuntut kemerdekaan daripada Khilafah Utsmaniyyah iaitu memisahkan wilayahnya daripada kesatuan Khilafah. Dengan kelicikan dan usaha berterusan puak kuffar ini, wilayahKhilafah yang besar itu berjaya dipecahkan oleh Barat menjadi Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Lebanon dan negara-negara kecil lainnya dan Barat kemudian memerintah di negara-negara tersebut melalui mekanisme 'pecah dan perintah'(divide and rule).

Setelah kesatuan umat Islam di wilayah-wilayah lainnya sudah terpecah-belah, target seterusnya ialah Turki yang masih berada di bawah Institusi Khilafah. Selepas PD I iaitu pada tahun 1921 di mana Khilafah Utsmaniyyahtelah nazak, British telah memfokuskan ketenteraannya di Turki demi memusnahkan sisa-sisa Khilafah Islamiyah. Pada masa yang sama, British di bawah pimpinan Jeneral Harrington telah pun mengawal keadaan politik di Istanbul.
 
Mustafa Kamal Attartuk dan Gerakan Turki Muda dengan bantuan British telah mengadakan beberapa siri pemberontakan untuk memerdekakan Turki daripada Khilafah. Jeneral Harrington bekerjasama dengan Mustafa Kamal untuk menggulingkan Khalifah. Pada bulan November 1922, Perhimpunan Kebangsaan (National Assembly) di bawah pengaruh Mustafa Kamal mulamengorak langkah untuk meruntuhkan Khilafah. Mustafa Kamal memberi cadangan supaya memisahkan Sultan/Khalifah daripada keKhilafahan dan kemudian memecat Khalifah. Perhimpunan Kebangsaan(PK) tidak bertindak sendiri tetapi merujuk cadangan tersebut kepada sebuah suruhanjaya yang antaranya terdiri daripada ulama'. Setelah suruhanjaya berbincang dan merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah, mereka mendapati Khilafah tidak boleh diruntuhkan kerana ia merupakan pusat kehidupan umat Islam. Maka, suruhanjaya itu tidak setuju dengan cadangan Kamal dan menolaknya.

Ketika itu, Kamal yang turut hadir dalam perbincangan antara suruhanjaya dan Perhimpunan Kebangsaan tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan terus berdiri di atas kerusi seraya menjerit "….Sultan mesti dipisahkan daripada Khilafah dan dipecat. Ini pasti akan berlaku pada kamu sama ada kamu suka atau tidak. Kepala sebahagian dari kamu akan jatuh dalam proses ini". Kenyataan ini menggemparkan dewan, ditambah lagi semua pengawal-pengawal yang mengiringi Kamal membawa senjata. Akhirnya PK perlu membuat keputusan melalui pengundian tetapi hasil pengundian tetap tidak berpihak kepada Kamal. Namun Kamal telah menggunakan taktik kotor dan memutuskan bahawa PK telah bersetuju untuk memecat Khalifah, membubarkan sistem Khilafah, menjadikan Turki negara Republik dan dia sebagai Presidennya. Ahli-ahli PK tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi Kamal tidak mempedulikannya. British telah membekalkan senjata kepada pengikut-pengikut Kamal untuk menentang sesiapa sahaja yang masih setia kepada Khilafah. Semua ahli politik dan ulama' diberi amaran akan dibunuh jika cuba menyokong Khilafah.

Dengan dukungan dan kekuatan dari British, akhirnya pada pagi 3 Mac 1924, Mustafa Kamal laknatullahtelah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada Negara. Kamal lalu memerintahkan Khalifah terakhir, Khalifah Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di  istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland. Dua hari selepas itu, Kamal Attartuk mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar negara. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah-sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya. Akhirnya impian British untuk meruntuhkan Khilafah Utsmaniyahsebagai Daulah Islam yang terakhir,telah tercapai, melalui tangan Mustafa Kamal laknatullah.

Perjanjian Lausane yang diketuai oleh British mengiktiraf kemerdekaan Turki dan pada tahun yang sama, British membawa keluar semua tenteranya dari Turki setelah meletakkan dan menyakini ejennya, Mustafa Kamal sebagai penguasa di Turki, akan memerintah Turki mengikut kehendak British. Lord Curzondengan bangga dan angkuhnya berkata, "Faktanya sekarang adalah bahawa Turki telah mati dan ia tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatan ruhnya (yakni) Khilafah dan Islam."Tidak berakhir di situ, dalam memastikan bahawa Khilafah tidak akan bangkit lagi, Lord Curzon berkata, "Kita mesti hapuskan sebarang usaha yang boleh membawa kepada penyatuan dikalangan anak-anak kaum Muslimin. Sebagaimana yang kita telah berjaya menghancurkan Khilafah, maka kita mesti memastikan bahawaumat Islam tidak akan bersatu kembali, baik secara intelektual mahupun budaya."

Wahai kaum Muslimin! Persoalannya, adakah kalian sepakat dan yakin dengan kata-kata musuh Allah,si kafir Lord Curzon ini bahawa Khilafah tidak akan bangkit lagi.....atau kalian yakin dengan janji Allah dan RasulNya bahawa "akan kembali Khilafah atas jalan kenabian"
[HR Ahmad]?

Bersambung...

Monday, May 30, 2011

Daging goreng blackpepper

BAHAN-BAHAN

500g daging - dihiris nipis direbus hingga empuk (ada yg terus goreng tapi saya rebus dulu takut tak empuk...keras dll)
1camca teh serbuk kunyit
garam
sedikit minyak untuk menggoreng
1/4 cawan kicap pekat (saya pakai kicap manis cap kipas udang)
4-5 sudu sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit air untuk kuah...

bahan ditumbuk
7 biji bwg merah
5 ulas bwg putih
1 inci halia

cili merah, cili hijau dan bawang besar dipotong bulat sebagai hiasan

CARA-CARA

1. Perap daging yang sudah direbus dengan kunyit dan garam lehih kurang 15 minit
2. Goreng daging kira-kira 5 minit jangan garing sangat sebab kita dah rebus tadi..nanti keras dagingnya
3. masukkan bahan yang ditumbuk bersama-sama tadi hingga naik bau, kalau nak berkuah letak sikit air.
4. kemudian masukkan kicap, sos tiram dan lada hitam. biarkan masak
5. akhir sekali masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah. Sudah siap..boleh dah makan :)

Tuesday, May 10, 2011

Interesting Facts about PETAI (PETE)

Little did you know ..... after reading THIS, you'll NEVER look at petai in the same way again!


 

  1. Petai contain three natural sugars -sucrose, fructose and glucose -combined with fiber, petai gives an instant, sustained and substantial boost of energy. Research has proved that just two servings of petai provide enough energy for a strenuous 90-minute workout.No wonder petai is the number one fruit with the world's leading athletes. But energy isn't the only way petai can help us keep fit. It can also help overcome or prevent a substantial number of illnesses and conditions, making it a must to add to our daily diet.
  2. Depression: According to a recent survey undertaken by MIND among people suffering from depression, many felt much better after eating petai. This is because petai contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
  3. PMS (premenstrual syndrome): Forget the pills - eat petai. The vitamin B6 it contains regulates blood glucose levels, which can affect your mood.
  4. Anemia: High in iron, petai can stimulate the production of hemoglobin in the blood and so helps in cases of anemia.
  5. Blood Pressure: This unique tropical fruit is extremely high in potassium yet low in salt, making it the perfect to beat blood pressure. So much so,the US Food and Drug Administration has just allowed the petai industry to make official claims for the fruit's ability to reduce the risk of blood pressure and stroke.
  6. Brain Power: 200 students at a Twickenham (Middlesex) school were helped through their exams this year by eating petai at breakfast, break, and lunch in a bid to boost their brain power. Research has shown that the potassium-packed fruit can assist learning by making pupils more alert.
  7. Constipation: High in fiber, including petai in the diet can help restore normal bowel action, helping to overcome the problem without resorting to laxatives.
  8. Hangovers: One of the quickest ways of curing a hangover is to make a petaimilkshake, sweetened with honey. The petai calms the stomach and,with the help of the honey, builds up depleted blood sugar levels, while the milk soothes and re-hydrates your system.
  9. Heartburn: Petai has a natural antacid effect in the body, so if you suffer from heartburn, try eating petai for soothing relief.
  10. Morning Sickness: Snacking on petai between meals helps to keep blood sugar levels up and avoid morning sickness.
  11. Mosquito bites: Before reaching for the insect bite cream, try rubbing the affected area with the inside of the petai skin. Many people find it amazingly successful at reducing swelling and irritation.
  12. Nerves: Petai is high in B vitamins that help calm the nervous system.
  13. Overweight Studies at the Institute of Psychology in Austria found pressure at work leads to gorging on comfort food like chocolate and crisps. Looking at 5,000 hospital patients, researchers found the most obese were more likely to be in high-pressure jobs.The report concluded that, to avoid panic-induced food cravings, we need to control our blood sugar levels by snacking on high carbohydrate foods every two hours to keep levels steady.
  14. Ulcers: Petai is used as the dietary food against intestinal disorders because of its soft texture and smoothness. It is the only raw fruit that can be eaten without distress in over-chronicler cases. It also neutralizes over-acidity and reduces irritation by coating the lining of the stomach.
  15. Temperature control: Many other cultures see petai as a "cooling"fruit that can lower both the physical and emotional temperature of expectant mothers. In Holland, for example, pregnant women eat petai to ensure their baby is born with a cool temperature.
  16. Seasonal Affective Disorder (SAD): Petai can help SAD sufferers because they contain the natural mood enhancer, tryptophan.
  17. Smoking: Petai can also help people trying to give up smoking. The B6, B12 they contain, as well as the potassium and magnesium found in them, help the body recover from the effects of nicotine withdrawal.
  18. Stress: Potassium is a vital mineral, which helps normalize the heartbeat,sends oxygen to the brain and regulates your body's water balance. When we are stressed, our metabolic rate rises, thereby reducing our potassium levels.These can be rebalanced with the help of a high-potassium petai snack.
  19. Strokes: According to research in "The New England Journal of Medicine,"eating petai as part of a regular diet can cut the risk of death by strokes by as much as 40%"
  20. Warts: Those keen on natural alternatives swear that if you want to kill off a wart, take a piece of petai and place it on the wart. Carefully hold the petai in place with a plaster or surgical tape!


     

So, you see, petai really is a natural remedy for many ills. When you compare it to an apple, it has four times the protein, twice the carbohydrates, three times the phosphorus, five times the vitamin A and iron, and twice the other vitamins and minerals. It is also rich in potassium and is one of the best value foods around. So maybe its time to change that well-known phrase so that we say, "A Petai a day keeps thedoctor away".


 

PM Dr.Aminuddin AHK

Dept.of Physiology

Medical faculty of UKM

Kuala Lumpur

Wahai pemuda...

"Wahai pemuda, seandainya kamu yakini fikrah Islam kami ini, dan kamu ikuti jejak langkah kami dalam perjuangan Islam ini, serta kamu bersama-sama kami di atas jalan Islam yg murni ini, maka tinggalkanlah seluruh fikrahmu selain dari fikrah Islam. Wakafkanlah segala tenaga dan usahamu untuk 'aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan di Akhirat. Bahkan Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah Ia buktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da'wah ini, akan beroleh hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang dapat mengisi daya tenaga yang ada padanya. Akan tetapi ingatlah, sekiranya kamu memilih sikap serba salah, terumbang-ambing di antara seruan Islam dan sebaliknya, maka ketahuilah.. bahawa sesungguhnya tentera Islam dan tentera Allah akan tetap meneruskan perjalanan mereka..tanpa menghirau bilangan ramai ataupun sedikit..sebagaimana firman Allah dalam Surah Ali-Imran:126, "Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah yg Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". Kata-kata Imam Hasan Al Banna

Monday, May 9, 2011

Bentuk Cinta Kelas Pertama


Untuk tatapan si suami dan isteri
Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat "Pak Ustaz" halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.  
Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.
Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!
Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

DIA BUKAN CINTA NO 1

DARI http://genta-rasa.com

Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

 Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana. 

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk 'mengembalikan' dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk 'dirosakkan' oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!    

 
 

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3, suami). Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu apa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."

"Jika" hanya "jika". "Jika" akan kekal sebagai "jika". Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

 Mukadimah Penentu Natijah

Perkahwinan dibina dengan harapan. Untuk mencapai harapan, tidak cukup dengan rasa cinta. Ia perlukan tanggungjawab. Kata bijak pandai, sesuatu akan berakhir mengikut bagaimana ia bermula. Mukadimah banyak menentukan natijah. Untuk mengekalkan cinta sampai ke hujung (hujungnya di syurga), mesti diperkukuh dari pangkalnya. Perkahwinan dimulakan dengan percintaan, tetapi disempurnakan dengan tanggungjawab. Dan sebaik-baik cinta ialah cinta yang didasarkan oleh tanggungjawab. Sebab itu ahli bijaksana mendefinisikan cinta sebagai "rasa ingin bertanggungjawab kepada seseorang".

Janganlah hendaknya cinta dan rumah tangga dibina hanya sekadar untuk memenuhi kehendak fisiologi dan biologi. Itulah cinta yang diilhamkan oleh Tuhan untuk haiwan (demikian kata al-Farabi). Juga bukan untuk mengejar status sosial. Jika rumah tangga hanya dibina untuk makan minum, perlindungan (rumah), pengangkutan (kereta), berkelamin (seks), kawan (sosial), kesihatan dan penghargaan diri (ego), apa bezanya cinta kita dengan cinta haiwan. Itu cinta kelas kedua.

Jika itulah bentuk cinta kita, itu hanya cinta alat bukan matlamat. Cinta kelas kedua mesti dibawa kepada cinta kelas pertama. Pandang wajah suami kita, bolehkah dia membawa kita kepada cinta Allah? Renung mata isteri kita, apakah dia teman kita menuju Allah? Jika ya, alhamdulillah, syukur. Kita sudah berada di jalan yang betul. Maka melangkahlah dengan yakin walau terpaksa menempuh pelbagai kesusahan.

Jika belum, berusahalah, berdoalah… agar dia mampu juga. Jika tidak hari ini, esok. Jika tidak esok, lusa. Teruskan berusaha dan berdoa.     

 114 Ayat Cinta

Tidak kira di tahap manapun rumah tangga kita; di permulaan, pertengahan atau pengakhiran, marilah bermuhasabah. Apakah rumah tangga kita benar-benar diasaskan oleh cinta kelas pertama atau masih dibelenggu oleh cinta kelas kedua? Jika kelas pertama, syukurlah. Insya-Allah cinta itu akan kekal selama-lamanya. Bagaimana kita boleh memastikan bahawa rumah tangga kita benar-benar diasaskan kepada cinta ini?

Jawapannya mudah. Cuba nilai, apakah seluruh isi keluarga lalai atau taatkan perintah Allah? Bagaimana dengan solat kita dan anak-anak semua? Bagaimana dengan al-Quran? Sudahkah kedengaran suara kita (ayah ibu) dan anak-anak membaca al-Quran? Jangan jadikan rumah kita kuburan kerana Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa rumah yang penghuninya tidak membaca al-Quran umpama sebuah kubur!

Padahal semasa kita mula membinanya dahulu kita katakan membina masjid. Jika suami atau isteri payah hendak diajak membaca al-Quran, kenapa kita tidak memulakannya dahulu? Ironinya, kita kekadang lebih banyak menatap surat-surat lama pasangan kita semasa hangat bercinta dahulu, konon untuk memperbaharui rasa cinta. Malangnya, ramai yang mengalir air mata, sedih, sayu, pilu apabila mengenangkan kata-kata mesra dan rindu dahulu kini sudah tiada.

Mengapa menanti sesuatu yang tidak tiba? Mengapa merajuk pada yang tidak kasih? Tinggalkan dahulu surat cinta yang lama, carilah semula 114 surat cinta daripada Allah (al-Quran). Siapakah yang dapat menandingi kemesraan, kasih sayang dan cinta Allah buat hamba-Nya yang terpapar dalam 114 surah al-Quran? Bacalah ayat Manzil, al-Ma'thurat, Yasin, al-Mulk atau apa-apa sahaja. Sama ada yang diambil secara bersanad daripada guru-guru yang thiqah ilmunya ataupun sekadar diambil daripada kitab-kitab atau buku-buku yang dipercayai kesahihannya.

Jika tidak mampu baca banyak, bacalah sekadar satu muka surat atau paling lekeh sekadar lima ayat. Tetapi istiqamahkan amalan ini. Barulah syaitan akan kecut untuk menggoda hati ahli keluarga kita supaya terlibat maksiat. Atau mengacah-acah kita dengan prasangka sehingga sering berbalah walaupun dalam soal-soal yang kecil. Bayangkan hanya kerana hendak masak apa hari ini, berebut saluran televisyen atau hanya tersilap istilah atau cakap, sudah bergaduh sampai tinggi-tinggi suara atau pukul-memukul. Ini angkara siapa? Tentu syaitan.

 
 

Bentuk Cinta Kelas Pertama

Mengapa syaitan begitu berkeliaran dalam rumah kita? Kerana rumah kita jadi kuburan, bukan jadi masjid. Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang. Tapi ingat, syaitan bukan dihalau dengan membaca al-Quran sekali-sekala seperti yang kita lihat "Pak Ustaz" halau hantu dalam drama mistik dan tahyul. Tetapi syaitan dihalau dengan bacaan al-Quran berserta niat zikrullah, hendak diamalkan kehendaknya dan ditinggalkan larangannya.  

Jika sekali-sekala terjadi pertembungan antara kehendak Allah dan kehendak isteri atau suami serta anak-anak, yang mana satu didahulukan? Jika didahulukan kehendak mereka, sah itu petanda cinta telah tersasar. Hakikatnya, inilah yang banyak berlaku dalam alam berumah tangga kini. Dan inilah punca mengapa ramai suami isteri berpisah sekalipun mereka saling mencintai. Berpisah bukan kerana mereka tidak cinta, tetapi cinta terpisah kerana mereka memisahkan cinta Allah.

Cinta yang meminggirkan cinta Allah adalah rendah mutunya dan tidak tahan uji.  Cinta kelas kedua itu ialah cinta kelas bawahan. Apabila wajah kendur, cinta luntur. Apabila kemudaan hilang, sayang terus melayang. Sebaliknya cinta Allah mampu mengekalkan, malah boleh meningkat lagi rasa cinta walaupun perubahan fizikal berlaku kerana tapak cinta itu di hati, bukan di mata. Cinta di mata boleh dipisahkan oleh jarak dan usia tetapi cinta di hati tidak ada sesiapa yang mampu menjarakkannya, apatah lagi memisahkannya!

Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terbentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah.

Marilah kita saling berpesan demi kebenaran dan kesabaran… jangan membina cinta di dalam kuburan!

Orang Ikhlas Tertindas?


Oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa... betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak...
Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan...
Lalu saya tulis satu kisah lama... sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih 'dalam' dan sukar  daripada itu... benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas...Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah...
Orang Ikhlas Tertindas?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! InsyaAllah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?