arini aku nak kongsikan camne nak buat onsen tamago atau ngan istilah melayunya telur separuh masak. biasanya kalau kita wat poach-egg putih telur tak selembut telur onsen... akceli jepun sangat terkenal dengan `ketelurannya`..... macam2 menu telur ada... kadang makan mentah dengan nasi pong dah cukop... arini aku gabungkan onsen tamago dengan daging minced... kalau dengan okra pong aku suker... ah! kiranya makan ngan apa pong aku suker... haha.... utk resepi okra tuh aku sertakan skali eh kalau sapa2 nak cuba... selalu tuh buat tapi malas nak amik gamba... nanti kalau ader aku masukkan gamba tuh... jom kita blaja buat onsen tamago.... maybe setengahnya dah tahu dan menggunakan cara yg berbeza2, nih bagi mereka2 yang ingin tahu la yer.... senang jer...

panaskan air sehingga betol2 mendidih. matikan api.
masukkan telur. biarkan terendam air panas selama 10min. setkan minit.. jgn terlalu lama nanti terlebey masak.


dah cukop masa, keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk atau sekurang2nya 10min atau lebih. Pecahkan telur dan lihat hasilnya... Boleh curahkan dgn kicap jepun/syouyu/kicap biasa atau stok dashi (3/4cwn stok dashi+1sb syouyu).selamat mencuba! :)
Gyudon atau beef rice bowl salah satu menu yang sesuai utk makan dengan onsen tamago.. sebenarnya gyudon menggunakan daging slice... tapi aku guna daging minced. tp klu guna slice sedikit berbeza resepinya. lenkali yer... resepi daging nih boleh juga dicurahkan ke atas tofu panas/sejuk.RESEPI BEEF RICE BOWL
source: hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 300g daging cincang
- 1/4biji bawang besar kuning - cincang/potong dadu kecil
- *1 inci halia - parut
- *2 ulas bawang putih - parut
- *2-3 sudu besar kicap pekat
- *1-2 sudu besar sos tiram
- *1 sudu besar syouyu/kicap cair
- 1sk minyak bijan
- 4 batang asparagus - hiris kecil bulat
- sedikit blackpepper
- garam dan gula
- sedikit air/stok daging
- daun bawang hiris
- onsen tamago
- shichimi togarashi - klu xde bleh buh blackpepper/cili flakes
- bijan
- Nasi jepun
- Satukan daging dengan bahan yg bertanda *. Perap sebentar 10-20min.
- Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging tadi. Kacau hingga daging berubah warna. Masukkan asparagus dan minyak bijan dan kacau. Masukkan air/stok daging, gula, garam, sdikit blackpepper. Masak hingga kuah agak kering. Matikan api.
- Cara hidangan,sendukkan nasi jepun ke dalam mangkuk. Letak daging minced tadi. Taburkan bijan dan daun bawang. Kemudian letak onsen tamago di tengah2. Taburkan shichimi togarashi. Siap.
RESEPI OKRA RICE BOWL - nnti klu ade gamba aku letaksorce : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
- 4 batang bendi kontot - sapukan dgn garam
- daikon/lobak putih parut dan toskan airnya
- onsen tamago
- nasi jepun
- kicap syouyu
- Didihkan air panas. Celur bendi sehingga 4-5min atau sehingga bendi masak.
- Angkat dan rendam dlm air sejuk sebentar. Toskan dan hiris nipis.
- Campurkan dengan daikon/lobak putih tadi. Jika tak suka daikon tak payah letak. Boleh juga klu nk campurkan dgn tuna atau apa2 sahaja yg disukai.
- Cara hidangan: Sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letak okra tadi. Pecahhkan onsen tamago dan letak di tengah2 bowl. Curahkan kicap syouyu. Siap.


No comments:
Post a Comment