kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Tuesday, January 25, 2011

SUSU PENUH KRIM ILHAM

Susu Ilham 1-3 Tahun

Semua Produk Ilham dihasilkan dengan rumusan seimbang dan disyorkan sebagai pemakanan sampingan untuk memenuhi keperluan pemakanan harian si manja. 

Susu Ilham mengandungi Terapi Al-Quran dan tidak boleh dilangkah.

TAHUKAH ANDA?

Susu

Susu sering kali bererti cecair berkhasiat yang dihasilkan oleh kelenjar mamari mamalia betina. Ia membekalkan sumber utama khasiat bagi anak yang baru lahir sebelum mereka mampu menghadamkan makanan yang lain. Ia juga diproses menjadi hasil tenusu seperti krim, mentega, yoghurt, aiskrim, gelato, keju, casein, protein gandum, laktosa, susu pekat, susu tepung, dan banyak jenis tambahan-makanan lain dan keluaran pengilangan. Susu akan basi jika dibiarkan terlalu lama.

Susu ibu diberikan kepada bayi melalui penyusuan badan, samaada secara langsung atau oleh diperah untuk diberikan kemudian. Susu awal yang dikenali sebagai kolostrum, dan mempunyai antibodi ibu kepada bayi. Penyusuan badan mampu mengurangkan risiko banyak penyakit kepada kedua-dua ibu dan bayi.

Komposisi dan khasiat

Komposisi susu banyak berbeza antara spesies kepada spesies; sebagai contoh kandungan susu lembu berlainan sama dangan susu kambing, yang mana seseorang yang merasa keduannya akan sedari. Faktor seperti kandungan laktosa, perbezaan kandungan dan saiz (globule) lepa lemak dan kekuatan (curd), dibentuk oleh enzim manusia menghadamkan susu, boleh berbeza antara mamalia dengan mamalia lain. Sebagai contoh:

  • Susu manusia cair dan kaya dengan laktosa, kebanyakannya gula.
  • Susu lembu lebih rendah kandungan gula dan tinggi dalam protein, dan mengandungi sekitar 3.5% hingga 6.5% lemak susu, 4% hingga 8.5% pepejal susu dan sekitar 88% air. Protien utamanya (80%) merupakan kasein, sementara protein whey membentuk bakinya.

Laktosa di dalam susu dihadamkan dengan bantuan enzim laktase dihasilkan oleh tubuh bayi. Bagi manusia, penghasilan laktasa menurun kearah dewasa (bergantung kepada gen seseorang), dalam kebanyakan kes sehingga tahap dimana laktosa tidak dapat dihadamkan, mendorong kepada ketidaktahanan laktosa, keadaan gastrointestinal yang terdapat kepada ramai orang.

Susu penuh mempunyai sekitar 634 kalori setiap liter.

Badam:

Badam merupakan kacang istimewa yang menjadi makanan sampingan yang biasanya dimasukkan ke dalam coklat bagi meningkatkan kesedapan dan nilainya. Badam telah digunakan atau dimakan oleh masyarakat di Timur Tengah, Iran, Afghanistan, Pakistan & India, beribu tahun dahulu bagi tujuan meransang minda dan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan penghafalan al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu.

Sebagai contoh penyelidikan yang telah dibuat, hampir semua kanak-kanak, remaja, orang dewasa serta warga emas yang menghafal al-Quran, Hadist dan pelbagai ilmu di sekitar Pakistan & India, mereka telah mengambilnya sebagai salah satu sumber makanan tambahan bagi tujuan meningkatkan daya ingatan bagi tujuan hafalan dan menjaga ingatan. Penyelidikan ini termasuk juga ahli akedemik & golongan professional di sana, kerana mereka sudah menjadikan pengambilan tersebut sebagai amalan harian.

Pakistan dan India telah banyak melahirkan para saintis, pakar perubatan dan para juga alim ulamak yang pakar di dalam ilmu al-Quran & Hadist yang layak diberi gelaran Sheikul Hadist sehingga diberi kemuliaan oleh ALLAH untuk mereka mengajar di Mekah dan Medinah. Sudah menjadi kebiasaan di Pakistan dan India sekiranya kita terjumpa pakar-pakar perubatan, saintis, pakar teknologi maklumat, pakar jurutera serta golongan professional yang menghafal a-Quran & Hadist.

Menurut pakar-pakar pemakanan, badam merupakan sumber makanan untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan kabohidratnya tinggi dan ianya mengandungi sumber gula yang tinggi.

Menurut kajian kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin di dalam telur. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan khasiat susu dan dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus di dalam keju. Kanak-kanak juga amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kurma:


Kurma adalah sejenis tumbuhan yang dikenali dalam bahasa saintifik Phonex Dactylifera. Kurma mengandungi lebih 50% glukosa dan ianya dapat diserap oleh badan dan mampu memberi tenaga yang segera dan konsisten kepada kanak-kanak. Kurma juga mengandungi serat, amat baik untuk mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

Kismis:

Imam Zuhdi berkata: "Sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering"

Kismis mempunyai banyak khasiat pemakanan seperti mineral, serat dan vitamin yang merupakan nutrisi penting untuk badan. Dalam Islam, kismis sudah lama disarankan untuk pemakanan kanak-kanak kerana ia adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Menyedari kebaikan kismis dan kemampuannya menjadi snek dalam makanan kanak-kanak, masyarakat Barat turut mula mengambilnya di dalam diet seharian mereka.

Monday, January 24, 2011

DESTINASI CINTA

Aku suka sangat lagu ni sehingga menjadikan ia lagu untuk alarm clock aku..masa HO dulu..bersemangat sikit nak bangun..dah la masa tido xcukup2..asyik onkol je..kuatkan semangat utk bekerja..untuk muhasabah diri..Hayati lirik nye..


 

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan

Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu

Wahai Tuhanku... Ya Allah...

HEBATKAH SEORANG DOKTOR? 2

Bermula karier aku di bidang pentadbiran iaitu sebagai pegawai perubatan pentadbir, penolong pengarah UD44 di ibu pejabat KKM bermula 1 Julai 2010. Waktu tu dah 38th week pregnant. Tunggu masa je..tapi macam biasa aku memang akan postdate..sempatla kerja untuk 3 minggu lepas tu cuti bersalin.

Memang hebat doctor ni..bukan boleh buat kerja klinikal saja, kerja pentadbir pun dia boleh buat..bermula kerja aku selama 3 minggu tu..tak banyak yang aku buat..Cuma buat speech untuk pegawai atasan KKM nak berucap.

Bos aku mengarah, : Fadzilah, u tolong buat speech ni, tak payah banyak-banyak..Cuma 8 page je untuk berucap dalam 5 ke 10 minit."

Dalam hati aku, "hah, 8 page je..bukan speech in malay, in English pulak..aku ni dah la suruh buat karangan masa SPM yang 180 patah perkataan tu pun terhegeh-hegeh, ni pulak buat lapan pages..huh..belasah je la"

Selepas confinement, kerja semakin bertambah..tidak la banyak mana..aku mengambil alih urusan cuti belajar pakar untuk program subkepakaran..buat surat je hari2..alhamdulillah ada bos yang sangat sabar mengajar aku yang sengal dan bebal nak mengayat ni..bos aku macam cikgu bahasa melayu yang check karangan anak murid..siap check surat aku guna pen merah.takpela..yang penting bos yang baik dan bertimbangrasa..mana pernah aku belajar buat surat rasmi masa medical school..360 darjah berbeza daripada keje kat hospital or klinik..

Life must go on..hidup mesti diteruskan..kadang-kadang memang rindu ngan ETD..dah lama x cemas..cool n steady je kat sini..cukup tido..cukup makan..cukup cuti..

Aku list kan kelebihan aku kerja kat sini:

  1. Xperlu onkol lagi..maka memang aku cukup tido,
  2. Banyak masa ngan anak-anak..
  3. Ada masa nak mengisi masa lapang ku dengan hobi aku..menjahit..aku dah beli mesin jahit singer untuk sulaman computer lagi..dekat RM 600
  4. Ada emergency pape senang cuti..xla terbiar anak2 aku
  5. Ada masa ngan keluarga..nak jalan2..g window shopping pun dah ok la tu..jarang sekali jumpa member2 aku yg keje kat hosp putrajaya tu..bz duk hospital je
  6. Xpayah pk pasal pt..

Tapi ada keburukan juga

  1. aku dah xtgk pt..Cuma tolong run in house clinic utk staff kkm je..locumn pun malas nak buat sbb dah ada bisnes yg lebih bagus utk menjana pendapatan..locumn bayar murah je..
  2. org kata syg muda2 duk admin..lantakla org nak kata ape..nnti aku wat master MPh or Hospital admin

tak banyak yg buruk aku nak cite sebab aku dah suka keje kat sini..jadi think tanker untuk kkm..ok la tu..

lain kali aku sambng lagi..Life as admin officer


 


 


 

Sunday, January 23, 2011

Kedai buku aku...

Kepada sahabat-sahabat ku, silalah lawati kedai buku online ku di

http://www.stormreaders.net/ilaosman

luangkan masa untuk membaca buku-buku ilmiah supaya hidup kita lebih bermakna dengan ilmu di dada

apa salahnya untuk membelanjakan RM 60 sebulan untuk membeli buku-buku ini

jika anda berminat, boleh juga mendaftar sebagai ahli storm readers di alamat

http://www.kedaibuku.net/ilaosman

sertailah rangkaian kami..

menjana ilmu menjana pendapatan


 

ilaosman

dina_011@yahoo.com

Friday, January 21, 2011

Hebatkah seorang doctor?

Buak2 kecil..sekolah rendah, tadika..apabila ditanya,

"dah besar nak jadi ape?

Anak kecil itu menjawab, "doktor"

Kenapa nak jadi doktor?

Ada yang menjawab, "mak saya nak saya jadi doktor."

Ada yang jawab, "sebab saya nak tolong org sakit"

Ada yang jawab, "pekerjaan mulia"

Hm mcm2 jawapan akan kuar..aku pun pikir camtu jugak dulu..tapi aku ambil kursus PERUBATAN BUKAN ATAS DESAKAN SESIAPA..sbb aku yg nak jadi doktor..dah dapt 4.0..course ape lagi nak amik..ambil je la..mak aku cakap, "jadilah cikgu..ada masa untuk anak-anak."

Aku jawab, "xnak la..xglamour"

Bermula kehidupan sebagai medical student..haha..rasanya dah cukup sibuk la tu..study je..byk betul bende nak baca..aku mmg suka membaca tp xsuka exam medic ni..haha..takut..lagi2 klu exam clinical..tp akhirnya aku Berjaya menamatkan pembelajaran selama 5 tahun tanpa pernah gagal walau satu paper, satu subjek pun..

Bila dah jadi doktor..huh..lagi sibuk..rasanya perkataan sibuk tu xpernah hilang dan keluar dari hidup seorang doktor..masa HO yang sibuk tu pun aku rasa ok lagi dan sgt enjoy masa HO..nak tau kenapa..ada hubby, kawan2 sekerja n staff hospital yang byk membantu dan mengajar aku untuk menjadi doktor yang berguna..

Dipendekkan cerita..setelah penat beronkol n xtido malam demi pesakit2, aku berpindah ke ibu pejabat KKM..maksudnya aku dah keje pejabat,,..xpayah tgk patient.. xde onkol lagi..life much better n terurus..tp keje xsemudah yang disangkakan..

Akhirnya aku sedar bahawa..wakau siapa pun anda, seorang doktor, surirumah, keje pejabat..walau apa pun keje anda...hargailah ia..KERANA tiada kerja yang mudah..semua memerlukan semangat yg tinggi

Jadikan ia satu medan dakwah, satu medan perjuangan, satu pekerjaan yang mendekatkan diri kepada PENCIPTA dan semoga pekerjaan ku seharian dianggap ibadah kepadaNya

Amen..

Tuesday, January 18, 2011

BICARA SYED QUTB TENTANG HAKIKAT MAUT

Bicara Syed Qutb tentang hakikat maut:

Itulah permandangan maut yang menjadi titik kesudahan bagi setiap yang hidup. Tiada yang hidup dapat mempertahankan dirinya dari maut dan tidak pula dapat mempertahankan maut dari orang lain. Maut yang memisahkan di antara kekasih-kekasih, maut yang terus berlalu tanpa berhenti dan tanpa berpaling, maut yang tidak menghiraukan jerit pekik orang yang susah, tidak mempedulikan hasrat dan harapan orang yang berpisah, tidak mengindahkan keinginan orang yang bercita-cita, dan ketakutan orang yang takut. Maut yang menumbangkan gergasi-gergasi semudah ia menumbangkan orang-orang kerdil. Maut yang menumpaskan orang-orang yang berkuasa sama seperti ia menumpaskan orang-orang yang lemah. Maut yang tidak dapat dihadapi manusia dengan tipu dayanya, tetapi walaupun itulah sifat-sifat maut, namun manusia tidak mahu memikirkan kuasa agung yang menjalankannya.

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, (75: 26)

Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?" (75: 27)

Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; (75: 28)

Serta kedahsyatan bertindih-tindih; (75: 29)


Itulah permandangan orang-orang yang sedang menghadapi naza' maut yang digambarkan oleh AlQuran dengan begitu hidup seolah-olah terbentang di depan mata. "Tidak sekali-kali begitu, apabila nyawa sampai ke pangkal dada", yakni apabila roh sudah sampai ke halqum, maka itulah naza' yang terakhir. Itulah detik-detik kesengsaraan maut yang membingung dan membeliakkan mata. Sekalian yang hadir di sekelilingnua memandang satu sama lain dan mencari ikhtiar menyelamat roh yang menderita itu. "Lalu ditanya: siapakah yang boleh menyembuhkannya?" Semoga ada jampi yang berguna untuk menyelamatkannya dari kesengsaraan dan naza' maut. "Lalu berpautlah betis (kanan) dengan betis (kiri)", tetapi segala ikhtiar itu sia-sia dan tidak beruapaya untuk menahankan kedatangan maut. Hanya satu jalan sahaja yang kelihatan iaitu jalan penghabisan yang membawa setiap yang hidup kepada Tuhannya.

Pada hari itu, (seluruh manusia) dibawa kepada Tuhanmu. (75: 30)

Gambaran maut itu begitu hidup, seolah-olah begerak dan bercakap. Setiap ayat melukiskan gerak geri dan permandangan yang membuat keadaan hampir mati itu terlukis begitu jelas dengan suasana-suasana cemas, bingung, terharu menghadapi hakikat yang kejam dan pahit yang tidak dapat ditolak dan dielakkan itu. Kemudian berlakulah penghabisan yang tidak dapat dihindari.

Kelebihan solat dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha'ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya." (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta'ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

"Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha ."

(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."

(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"

(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya." (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya," (Riwayat At-Thabarani ).

Monday, January 10, 2011

TRIP TO KELANTAN

AKHIRNYA aku mohon juga cuti untuk menemani hubby pergi interview di HUSM untuk MPh.

Bawa mak dan abah sekali dan x lupa saiful dan aliah

Tak jadi naik flight..travel by car..

Tempah hotel sutera inn prima..harap2 ok hotel tu..

Have a nice tour at Kelantan…

Sunday, January 9, 2011

Quinny zap (2)



 


 

Product Descriptions:-

A full-sized pushchair that folds so small it can be carried on a bicycle or in a car's passenger foot well has been launched. Clip on a Maxi Cosi car seat with the included adapter kit and convert the Zapp into a travel system. Revolutionary Dutch design!

The new Quinny Zapp has re-invented foldability. It measures 69 cm (just over 2 feet) in length when folded ; making it the world's most compact fold ; and is also extremely lightweight, weighing just 6 kilos.

The Quinny Zapp becomes a full-sized stroller when opened and it's also big on practicality. It converts into a travel system for use from birth by clipping on a Maxi Cosi car seat. Is also has a sun canopy and rain cover. Once folded, the stroller is so tiny, it folds into it's own coordinated duffle bag.

Strikingly stylish, the Zapp is a real head-turner. Suspension on all three wheels ensures that this is a comfortable buggy to push and to ride in. Quick and easy to fold and unfold, maneuverable and robust, it's perfect for the school run, shopping trips and days out.

The Quinny Zapp comes from the same stable as the highly successful Quinny Freestyle 3, the award-winning three-wheel all-terrain stroller.

FAQs:

  • Is Zapp really the smallest folded pushchair in the world?

It certainly is! Zapp's dimensions make it possible to fit it into absolutely every type of car, with plenty of space left for your weekly grocery shopping. A folded Zapp is so compact, it even fits in the leg-room of the passenger's seat!

When folded three dimensionally, the Zapp measures 69x27x30 cm. You can make the Zapp even more compact by removing the wheels. It then measures only 60x27x28 cm. The Zapp is also one of the lightest buggy's available; it weighs only 6 kg.

  • Can the Zapp be used from birth?

Yes. When used together with a Maxi-Cosi infant carrier (up to 13kg / 15 months), the Zapp is the ideal solution for parents on the go. Make sure you first slide the fabric seat off of the frame. Once your child is able to sit up unassisted (at around 6 months), the Zapp can be used together with the seat.

  • Is the Zapp easy to fold and transport?

It is extremely easy to fold the Zapp. Simply press two buttons with your fingers and a third with your foot, push down on the frame and you're ready to go! And the Zapp is just as easy and quick to unfold. As it only takes seconds to (un)fold, the Zapp is truly the ideal pushchair to 'up and go' by bus, train, bike or car.

  • What accessories are included?

The Zapp is sold as a complete package that includes a frame with seats, adapters for use with Maxi-Cosi Cabrio infant carrier, a rain cover, sun canopy, and handy bag for storing the Zapp or taking it along with you.

  • How comfortable and maneuverable is the Zapp?

Because the Zapp is equipped with a 360o swiveling double front wheels, it is extremely maneuverable. This gives it a very small turning circle, particularly handy when navigating through crowded shops. On a bumpy and rough terrain, a swivel wheel can be less practical. The front wheel of the Zapp can therefore also be locked into a fixed position. The Zapp is also comfortable for the person pushing it, thanks to the comfortable grip handles and lots of legroom for walking.

  • Can you adjust the seat?

As the Zapp is a very compact, fold-and-go buggy, it has only one fixed position, designed to comfortably seat both younger and older children.

  • Is the cover washable?

Yes. The fabric cover can be washed in a washing machine in principle. For care instructions, see the label on the cover. It is recommended that you use hand wash cycle on your washing machine at 30o and using a wool detergent. If you are unable to set your machine to hand wash cycle, we recommend using the delicate cycle at 30 without the spin cycle.

Note: 

  • Colors are subject to availability and confirmation upon order

Available Color:-

Recommended Age: 6 months and above.

 
 

Product Weight: approx 6.00kg.

Packaging Weight: 8.00kg

Packaging Dimension: 30cm (L) x 30cm (W) x 80cm (H)

Quinny zapp


Setelah lama survey online, akhirnya quinny zapp menjadi pilihan RM 888.

  • The Zapp is the smallest buggy ever made. (69x27x30cm)
  • Lightweight: Only 6 kg.
  • Ideal for traveling with any kind of transportation (bike, car train, plane)
  • Easy to fold
  • Highly maneuverable front swivel wheel
  • Ideal travel system in combination with Maxi Cosi car seat
  • Including sun canopy, rain cover, travel bag and adapters
  • Easily removable wheels
  • Approved, confirming to EN 1888

Untuk aliah sumayyah..

Aliah happy sgt naik stroller ni..

Sunday, January 2, 2011

For the Rest of My Life

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart