kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Monday, January 24, 2011

HEBATKAH SEORANG DOKTOR? 2

Bermula karier aku di bidang pentadbiran iaitu sebagai pegawai perubatan pentadbir, penolong pengarah UD44 di ibu pejabat KKM bermula 1 Julai 2010. Waktu tu dah 38th week pregnant. Tunggu masa je..tapi macam biasa aku memang akan postdate..sempatla kerja untuk 3 minggu lepas tu cuti bersalin.

Memang hebat doctor ni..bukan boleh buat kerja klinikal saja, kerja pentadbir pun dia boleh buat..bermula kerja aku selama 3 minggu tu..tak banyak yang aku buat..Cuma buat speech untuk pegawai atasan KKM nak berucap.

Bos aku mengarah, : Fadzilah, u tolong buat speech ni, tak payah banyak-banyak..Cuma 8 page je untuk berucap dalam 5 ke 10 minit."

Dalam hati aku, "hah, 8 page je..bukan speech in malay, in English pulak..aku ni dah la suruh buat karangan masa SPM yang 180 patah perkataan tu pun terhegeh-hegeh, ni pulak buat lapan pages..huh..belasah je la"

Selepas confinement, kerja semakin bertambah..tidak la banyak mana..aku mengambil alih urusan cuti belajar pakar untuk program subkepakaran..buat surat je hari2..alhamdulillah ada bos yang sangat sabar mengajar aku yang sengal dan bebal nak mengayat ni..bos aku macam cikgu bahasa melayu yang check karangan anak murid..siap check surat aku guna pen merah.takpela..yang penting bos yang baik dan bertimbangrasa..mana pernah aku belajar buat surat rasmi masa medical school..360 darjah berbeza daripada keje kat hospital or klinik..

Life must go on..hidup mesti diteruskan..kadang-kadang memang rindu ngan ETD..dah lama x cemas..cool n steady je kat sini..cukup tido..cukup makan..cukup cuti..

Aku list kan kelebihan aku kerja kat sini:

  1. Xperlu onkol lagi..maka memang aku cukup tido,
  2. Banyak masa ngan anak-anak..
  3. Ada masa nak mengisi masa lapang ku dengan hobi aku..menjahit..aku dah beli mesin jahit singer untuk sulaman computer lagi..dekat RM 600
  4. Ada emergency pape senang cuti..xla terbiar anak2 aku
  5. Ada masa ngan keluarga..nak jalan2..g window shopping pun dah ok la tu..jarang sekali jumpa member2 aku yg keje kat hosp putrajaya tu..bz duk hospital je
  6. Xpayah pk pasal pt..

Tapi ada keburukan juga

  1. aku dah xtgk pt..Cuma tolong run in house clinic utk staff kkm je..locumn pun malas nak buat sbb dah ada bisnes yg lebih bagus utk menjana pendapatan..locumn bayar murah je..
  2. org kata syg muda2 duk admin..lantakla org nak kata ape..nnti aku wat master MPh or Hospital admin

tak banyak yg buruk aku nak cite sebab aku dah suka keje kat sini..jadi think tanker untuk kkm..ok la tu..

lain kali aku sambng lagi..Life as admin officer


 


 


 

No comments:

Post a Comment