kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Tuesday, July 3, 2012

Kecelaruan emosi ibu mengandung

Marilah kita mengingati Allah kerana hanya dengan mengingati Allah jiwa menjadi tenang. Bukan diluahkan rasa ini kepada manusia kerana manusia bisa hipokrit. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tetapi jika mengadu pada Sang Pencipta Yang Maha Esa, pasti luka di hati akan terubat. Jangan dikenang kesalahan manusia kepada kita tetapi ingatlah kesalahan kita kepada manusia dan Allah. Tiada manusia sempurna di sunia ini. Dunia hanya persinggahan, akhirat kekal abadi. Hargailah pasanganmu selagi umur dikandung badan. Entah esok lusa nyawa kita ditarik malaikat maut, di manakah kita? Ya Allah aku hambaMu yang lalai. Kembalikan dan tetapkan aku di jalanmu. Beri kejuatan kepadaku untuk meneruskan kandungan ini. Jadikanlah aku insan yang redha dengan penderitaan ibu mengandung. Semiga Kau pelihara srikandi di dalam rahimku ini untuk berbakti kepada agamaMU..

No comments:

Post a Comment