Ini aku copy dari blog IK
Sekiranya anda seorang yang baik hati, dan lemah lembut, dan suka kesian kan orang… sesetengah orang yang tidak bertanggung jawab akan take advantage of you. That's a fact.
Donald Trump pernah menulis
In business, don't trust anyone! -Donald J Trump
Walaupun saya jarang menulis perkara negatif di Blog, sebab I'm a positive person, tetapi, kali ini tergerak juga saya nak beri pesanan mengenai perkara ini.
Why? Sebab baru-baru ini ianya terjadi kepada saya juga.
If you are nice, *some* people will take advantage of you
Tak semua akan take advantage, tetapi, beberapa orang akan. Bagi saya juga, ianya bukan kali pertama. Beberapa kali juga orang mengambil kesempatan keatas diri saya. Dan sering kali ia dilakukan oleh mereka yang hampir dengan kita yang kita menganggap "kawan". Dan setiap kali kita akan rasa down, frustrated, marah pun ada.
So, apakah penyelesaiannya? Adakah kita berhenti jadi baik, dan terus jadi seorang yang kasar, berfikir negatif, dan sombong? Just be a "not so nice" person?
TIDAK!
Itu bukan jawapan dan penyelesaiannya.
Jawapannya adalah bersabar dan redha atas apa yang terjadi. Saya yakin Allah SWT sayang sangat-sangat-sangat-sangat pada hambanya yang bersabar dan redha.
Setiap kali sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, pastinya ia adalah satu hikmah. Dari pengalaman saya, sekiranya ada orang mengambil kesempatan keatas diri kita, saya yakin yang tak lama lagi Allah akan memberi ganjaran yang amat lumayan kepada kita sekiranya kita redha kejadian itu. Dan sememangnya itu yang terjadi- berkali-kalinya pada saya!
So, sekiranya ada orang take advantage of you, put your chin up and smile. Sabar dan redha atas kejadian itu kerana tak lama lagi, anda akan mendapat pulangan yang berkali-kali ganda! Yezzaa!
Tetapi, sekiranya anda tak bersabar… tak redha… menjadi marah… dan sebagainya dan nafsu syaitan mula memenuhi diri, di situlah akan terjadi keadaan dimana lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini akan terjadi. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga pula.
So, my advise for today- always-always-always be nice, tak kira segelintir yang take advantage of you. Pulangan yang lebih lumayan pasti akan diberi oleh Allah!
Akhirnya aku kene berfikir semula..jgn mengikut perasaan ..belajar untuk redha..semoga Allah kurniakan aku kebahagiaan dunia akhirat..kekayaan di langit dan bumi..Ya Allah jadi kan aku insan yang sentiasa mengingati MU dalam jaga..mentaati perintah MU..menjauhi laranganMu..
Kurniakan aku anak yang soleh n solehah..yang mentaati perintah Mu, mempunyai adab sopan n sensitive dengan kesusahan org lain..penyayang dan disayangi..panjang kan umur mereka utk berbakti kepada agamaMU
Harapan ibu
No comments:
Post a Comment