kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan


Monday, April 18, 2011

Udang masak nanas

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 12 ekor udang besar
  • 3 potong nenas dlm tin (pakai nenas fresh pun sedap)
  • 4 cili kering dikisar halus (sapa yang tak makan pedas boleh guna cili besar merah)
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 1 diji bawang besar dimayang
  • Cili sos
  • Daun bawang
  • Gula dan garam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Goreng bawang merah dan putih hingga kekuningan, kemudian masukan gili masak hingga naik minyak.
  2. Masukan udang dan sos, kacau seketika. Selepas itu masukan nenas yang di potong kecil kecil bersama sedikit air. (sesiapa nak kuah banyak boleh letak lebih air)
  3. Akhir sekali masukan daun bawang, gula dan garam. Masak untuk seketika hingga kuah mendidih. Sedia untuk di santap.

No comments:

Post a Comment