MELIHAT PERKAHWINAN SEBAGAI MEDAN UNTUK MEMBERI
AKAN MENJADIKAN KITA MEMIKIRKAN SOAL PERANAN DAN BUKANNYA HAK
YANG TIDAK BERKESUDAHAN
kesusahan dan keperitan hidup mengajar kita erti dewasa, memberi peluang untuk kita dekatkan diri pada Tuhan yang sering kita lupa, sesungguhnya nilai kegagalan lebih berharga dari kejayaan
Thursday, March 3, 2011
PERKAHWINAN
Ayam percik kelantan
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 1 sekor ayam yang dipotong 4
- 1 1/2 cawan santan pekat
- 2 biji bawang putih
- 1 labu bwg besar
- 2 cm halia
- 2 batang serai
- 1 camca kecil ketumbar
- 1/2 camca kecil jintan putih
- 1/2 cawan tepung beras
- sedikit air asam jawa@asam keping
- cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
- garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
- Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
- masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
- angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
- bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
- hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2
Wednesday, March 2, 2011
Tanah suci
Aku ingin sekali menjejakkan kaki ke Baitullah..semoga dipanjangkan umur aku ke sana sebagai tetamu Allah..
Ampunkan dosaku Ya Allah
Semoga aku dapat menjadi tetamu Mu
Murtabak maggie
Bahan-bahan ( 2 ORG )
- 2 bungkus maggie
- 3 biji telur
- 1 labu bawang besar
- 1 tangkai daun bawang
- garam secukup rasa
- 1 bungkus perasa maggie
- 1 biji cili merah
Cara-cara
- Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang.
- Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang)
- Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam.
- Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie.
- Gaul rata bahan-bahan tersebut.
- Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan.
- Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.
Blueberry Cheese Tart
Bahan-bahan ( 30 biji )
- Bahan-bahan untuk pastri:
- 125gm butter
- 60gm gula aising
- 250gm tepung gandum
- 1/2 sudu teh esen vanila
- 1 sudu besar air
- Bahan-bahan cheese:
- 125gm cream cheese
- 50gm butter
- 60gm gula halus
- Blueberry jem secukupnya
Cara-cara
- Untuk menyediakan pastri : Ayak tepung dan campurkan gula ke dalam mangkuk campuran. Campurkan butter dengan tepung sehingga membentuk 'crumbs' kasar. Tambahkan esen vanila & air.
- Bentukkan doh menggunakan acuan tart yang comel2. Setelah itu bakarkan pastri di dalam oven selama 15-20 min dengan kepanasan 180 darjah celcius. Setelah masak keluarkan dari oven dan sejukkan.
- Untuk menyediakan cream cheese : Campurkan semua bahan-bahan untuk cream cheese - cream cheese, butter & gula dalam satu bekas & pukulkan kesemua bahan-bahan ini sehingga rata.
- Masukkan sedikit adunan cream cheese kedalam pastri, setelah itu masukkan jem blueberry & akhir sekali litupi laisan blueberry itu dengan adunan cream cheese. Buat kepada kesemua pastri tadi & setelah itu bakar di dalam oven selama 10 min dengan kepanasan 180 darjah celcius.
- Setelah tart masak kelurkan dari oven, dan sejukkan. Setelah itu bolehlah dihidangkan. *****SELAMAT MENCUBA*****
apple pie
Bahan-bahan ( 8 orang )
- *bahan kulit
- 1 1/2 cawan mentega sejuk
- air sejuk
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sb gula halus
- *inti
- 3 biji epal segar (hijau @ merah terpulang)
- 1/2 biji air perahan lemon
- 1 sk serbuk kayu manis (sy main kikis je kayu manis yg diguna buat sup tu)
- 2 sb tepung jagung
- 2 sb gula halus (kalau xnak manis, boleh kurangkan)
- 1/2 sk garam
- 1 sb mentega
Cara-cara
- kulit : campurkan gula dan tepung.setelah gaul rata, masukkan mentega kacau guna garfu sehingga jadi serbuk.pastikan mentega betul2 sejuk.kemudian, masukkan air sejuk sehingga membentuk doh lembut.balut dengan plastic wrap, simpan dalam fridge selama sejam.
- bahan inti : sementara menunggu doh sejuk, kita buat inti pula.mula2 buang kulit dan biji epal,potong nipis2 (potong 16 lebih kurang).campurkan semua bahan inti kecuali mentega dan digaul rata. ketepikan.
- keluarkan semua doh tadi, bahagikan kpd 2 (utk atas dan bawah) kemudian uli setebal 1/2 cm.buat lapisan bawah dahulu kemudian letakkan bahan inti dan dotkan mentega di atas inti.
coverkan inti tadi dgn lapisan atas pula.bakar pada suhu 200 darjah selama 15 minit dan 170 darjah selama 45 minit.siap utk dihidangkan!
Custard Peach Tart
Bahan-bahan ( 40-50 biji )
- • 250 gm butter, suhu bilik (sy guna mentega biasa)
- • 120 gm gula ising
- • 2 biji kuning telur
- • 440 gm tepung gandum, diayak dahulu
- • 1 tsp esen vanilla
- • Inti Kastad :-
- : 2 tbsp tepung gandum
- : 2 tbsp tepung kastard atau tepung jagung
- : 8 tbsp gula kastor
- : 2 cwn (500ml) susu segar (fresh milk)
- : 2 biji telur (dipukul mcm nak buat telur dadar)
- : 2 tbsp (30 gm) mentega
- : Buah Utk Hiasan: Peach dalam tin, dihiris ikut suka (atau apa2 buah)
Cara-cara
- Pukul butter & gula hingga kembang, + kuning telur, pukul lagi. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
- Susun acuan tart diatas dulang pembakar. Ambil sedikit doh lalu buat bulat2 sebesar ibu jari kaki, masukkan dalam acuan tart, tekan doh kesekeliling acuan untuk membentuk tart pastri & trim dengan pisau di tepinya. Boleh tengok cara2 buat kulit tart di youtube.com
- Panaskan oven pada suhu 175C.
Cucuk dengan garfu di tengah2 doh tersebut lalu bakar selama 20min atau sehingga kekuningan
Keluarkan dari oven & tunggu hingga sejuk sebelum menanggalkan pastri dari acuan.
- Cara Membuat Inti Kastad:
- Campurkan tepung gandum, kastard & gula dalam periuk yg kecil. Campurkan hanya 2 tbsp susu daripada 2 cwn susu tadi & kacau rata.
- Masukkan telur sebiji2 & aduk rata lagi. Lalu masukkan selebih susu segar tadi & kacau lagi hingga larut. (Tanpa dipasang api)
- Kacau adunan ini di atas api yg kecil hingga agak kental. *Peringatan* : adunan ini mesti sentiasa dikacau supaya tidak berbentil2.
- Apabila sudah kental, alihkan dari api lalu masukkan mentega tadi & kacau lagi hingga sebati. Ketepikan seketika bagi sejuk sekejap utk proses pengisian pada tart.
- Ambil sesudu kecil inti kastad & bubuh ke dalam mangkuk tat yg telah sejuk tadi. (boleh mengisi isian kastad ini ke dlm piping beg lalu picitkan satu-persatu pd mangkuk tat)
- Hiaskan dengan buah peach (atau apa2 buah) yangtelah dipotong kecil.
- Disimpan sejuk dalam peti sejuk atau dimakan segera. Serve cold.
tart kastad
Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )
- PASTRI RAPUH::
- 2-3 sdb susu segar
- 250gm tepung gandum
- 1 sdb gula castor
- 1 biji telo
- 125gm mentega sejuk(potong kecil2)
- sedikit garam
- KASTAD FILLING::
- 500ml susu segar
- 2 biji telor
- 50gm tepung kastad
- 100gm gula castor
- 1/2 sdt esen vanilla
- kismis hitam(optional)
Cara-cara
- satukan tepung n garam...(ayak)
- gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
- masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
- rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
- bakar separuh masak..ketepikan dahulu...
- CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::
- Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
- masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
- kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam...
- bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak...
Fruit Tart
Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz acuan masing2 )
- BAHAN2 PASTRY:-
- 113 g mentega
- 75 g gula halus
- 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
- 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
- BAHAN2 KRIM PASTRY:-
- 300 ml susu segar
- 3 biji kuning telur
- 50 g gula halus
- 20 g tepung gandum*
- 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
- 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
- BAHAN2 LAIN:-
- Coklat cair secukupnya
- Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
- Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)
Cara-cara
- UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.
UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (sorry... fruit tat mat tak bbuh, sebab dah habis stok)
Contoh acuan tat yg mat guna utk buat fruit tart nie....acuan terpulang pada kehendak masing2. Jika acuan kecil bilangan tat mungkin jadi byk...Selamat mencuba utk semua...
Mix fruit cheese tart
Bahan-bahan ( 16 biji- mini size )
- Almond crust
- 1/2 cawan gula
- 100g mentega(potong kecil-kecil)
- 1 cawan tepung gandum
- 2/3 cawan almond powder
- Filling
- 250g philadelphia cream cheese
- 1 biji telur
- 1/4 cawan gula
- beberapa titik esen vanila
- 60g mix dry fuit
Cara-cara
- Panaskan oven ke 220 degree
- Sapu butter pada seluruh acuan muffin
Sediakan crust. Masukkan gula dan tepung ke dalam food processor.Mix. Masukkan butter, mix again. Masukkan almond powder mix jadi macam serbuk roti.
Ambik 1/4 cawan dan letak ke tepi untuk ditabur kat atas. Selebihnya masukkan ke dalam acuan dan tekan dengan jari pada bawah dan tepi acuan bagi serata. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
- Kemudian tabur crust yg disimpan tadi ke atas tart.
- Sediakan filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali dry fruit ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Masukkan dry fruit dan kacau. Ceduk dengan sudu dan letakkan filling ke atas crust tadi.
Kemudian tabur crust yg disimpan tadi ke atas tart.
- Bakar dalam api 220C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
- Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.